Sejarah DIA

2015: Do It Amazing

DIA membuat persembahan berlima pada 24 December 2015.

Pada bulan Februari 2015, MBK Entertainment mengumumkan rancangannya untuk mendebutkan kumpulan gadis baru. Pada asalnya, syarikat telah memutuskan untuk mempunyai calon yang sesuai untuk kumpulan baru mereka untuk bersaing dalam program survival realiti.[2] Pada 10 Februari, Kim Dani disahkan menyertai projek tersebut dan mengumumkan nama program itu ialah T-ara's Little Sister Girl Group.[3] Pada bulan Jun, MBK Entertainment mengumumkan bahawa mereka telah membatalkan rancangan mereka untuk program survival tersebut dan memutuskan untuk memilih ahli-ahli secara dalaman. Ketiga-tiga ahli terakhir, Yebin, Eunice, dan Jenny telah terpilih dan kumpulan itu akan debut pada bulan Ogos di bawah nama DIA.[4] MBK mengumumkan barisan kumpulan dengan enam orang ahli: Eunice, Huihyeon (asalnya di bawah nama pentas Cathy), Jenny, Yebin, Eunjin, dan Chaeyeon.[5] Seunghee telah ditambah ke dalam kumpulan sebelum debut. Pada 14 September 2015, DIA akhirnya mengeluarkan album studio debut pertama mereka, Do It Amazing.[6]

2016: Happy Ending, Spell, dan subkumpulan

Eunchae (diperkenalkan dengan nama sebenarnya Chaewon) menyertai sebagai ahli baru pada Mac 2016,[7][8] dan pada bulan April, Seunghee telah disahkan telah meninggalkan kumpulan ini.[9] Album mini pertama DIA Happy Ending telah dikeluarkan pada 14 Jun 2016, bersama-sama dengan video muzik untuk single utama "On the Road" pada hari yang sama.[10]

Pada September 2016, kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka bertemakan Harry Potter yang bertajuk Spell, dengan "Mr Potter" sebagai single utama.[11][12] DIA kemudiannya dipisahkan menjadi dua subkumpulan "A" dan "B", bernama BinChaenHyunSeuS dan L.U.B, akan mengeluarkan lagu secara berasingan.[13][14]

2017: YOLO dan Love Generation

DIA pada bulan 16 Jun 2017.

Pada 6 April, kumpulan ini mengeluarkan single pra-release bertajuk "You Are My Flower", yang menampilkan penyanyi trot Kim Yeon-ja dan Hong Jin-young.[15] Rancangan realiti DIA kemudiannya bermula pada 9 April di rangkaian TV Onstyle, selepas itu, dua orang ahli baru Jueun dan Somyi telah diumumkan.[16] Pada 19 April, album kedua kumpulan YOLO telah dikeluarkan.[17] Album itu mengandungi empat belas buah lagu, dengan single utama berjudul "Will You Go Out with Me?".[18] album YOLO juga mempunyai beberapa buah lagu yang ditulis oleh para ahli itu sendiri dan menampilkan pelbagai artis seperti rapper DinDin dan bekas ahli I.O.I Kim Chung-ha.

Album mini ketiga DIA bertajuk Generation Love kemudian dikeluarkan pada 22 Ogos 2017.[19] Album itu mengandungi dua belas lagu, dengan single utama berjudul "Can't Stop".[20] Pada 12 Oktober, edisi repackaged untuk album Generation Love yang bertajuk Present telah dikeluarkan. Ia mengandungi lagu-lagu dari album sebelum ini, bersama dengan empat lagu baru.[21]

2018: Eunjin meninggalkan kumpulan dan Summer Ade

DIA pada 30 Januari 2018.

Pada 7 Mei, 2018, Eunjin mengumumkan meninggalkan kumpulan kerana masalah kesihatan.[22] Pada 9 Jun 2018, dilaporkan bahawa DIA akan membuat comeback pada 5 Julai 2018.[23] Telah diumumkan sebelum ini bahawa kumpulan ini akan melakukan comeback pada bulan April dengan lagu yang dihasilkan oleh Shinsadong Tiger. DIA akhirnya mengeluarkan album mini keempat mereka Summer Ade pada 9 Ogos 2018 dengan single utama bertajuk "Woo Woo".[24][25] Pada 14 Ogos, kumpulan itu menerima kemenangan muzik pertama mereka di rancangan muzik SBS MTV The Show.[26][27]

2019: Newtro dan Jenny meninggalkan kumpulan

Pada 19 Mac 2019, DIA mengeluarkan album mini kelima mereka yang bertajuk Newtro, selepas laporan sebelum ini dikeluarkan pada 28 dan 21 Mac.[28] Sebelum ini, ia telah dilaporkan bahawa kumpulan ini akan membuat comeback pada 7 November 2017 dengan lagu "Bo Peep Bo Peep 2.0" yang dihasilkan oleh Shinsadong Tiger.[29] Bagaimanapun, tiada apa yang berlaku. Pada 20 Februari, MBK Entertainment mengesahkan comeback DIA dan akan dikendalikan oleh Shinsadong Tiger. Album itu adalah pengeluaran pertama tanpa Jenny kerana kecederaan lutut, menandakan kali pertama kumpulan itu mempromosikan sebagai tujuh orang ahli sejak Spell.[30]

Pada 6 Julai 2019 MBK Entertainment mengesahkan bahawa Jenny akan meninggalkan kumpulan ini kerana mempunyai masalah kesihatan dengan lututnya.[31]

Berkaitan