DVD-Video DVD

Rencana utama: DVD-Video

DVD-Video ialah piawaian untuk menyimpan kandungan video dalam media DVD. Di Amerika Syarikat, sewaan DVD-Video mingguan buat julung kalinya mengatasi sewaan kaset VHS mingguan pada bulan Jun 2003, menggambarkankadar penerimaan teknologi DVD yang cepat di pasaran.[11]

Walaupun kebanyakan peleraian dan format disokong, kebanyakan cakera DVD-Video pengguna menggunakan video MPEG-2 sama ada nisbah aspek 4:3 atau 16:9 anamorfik, disimpan pada peleraian 720×480 (NTSC) atau 720×576 (PAL) pada 29.97 atau 25 FPS. Audio biasanya disimpan menggunakan format Dolby Digital (AC-3) atau Sistem Teater Digital (DTS), dari format 16-bit/48 kHz hingga 24-bit/96 kHz dengan penyampaian monaural hingga "Surround Sound" 7.1 saluran, dan/atau Lapisan 2MPEG-1. Walaupun spesifikasi untuk keperluan video dan audio berbeza mengikut rantau global dan sistem televisyen, kebanyakan pemain DVD menyokong semua format yang boleh. DVD-Video juga menyokong ciri-ciir seperti menu, pilihan sari kata, pelbagai sudut kamera, dan pelbagai runut audio.