DVI

DVI, kependekan untuk istilah Inggerisnya iaitu digital visual interface (bermaksud antara muka video digital) ialah antara muka paparan video yang dibangunkan oleh Digital Display Working Group. Antara muka digitalnya digunakan untuk sambungan ke peranti paparan, contohnya monitor komputer.DVI boleh menghantar isyarat digital mahupun analog dan terdiri daripada perbagai mod termasuklah DVI-D (hanya digital), DVI-A (hanya analog), atau DVI-I (digital dan analog).