Daerah_di_Brunei
Daerah_di_Brunei

Daerah_di_Brunei

Daerah ialah bahagian pentadbiran utama di Brunei. Terdapat empat daerah, iaitu Brunei-Muara, Belait, Tutong dan Temburong. Setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim, dan seterusnya setiap mukim dibahagikan kepada beberapa kampung.Daerah Belait ialah daerah yang terbesar dengan keluasan 2,727 kilometer persegi (1,053 batu persegi) sementara Daerah Brunei-Muara mempunyai keluasan yang paling kecil iaitu 571 kilometer persegi (220 batu persegi). Walau bagaimanapun, Daerah Brunei-Muara mempunyai penduduk yang paling ramai dengan jumlah 289,630 orang (banci 2016), sementara Daerah Temburong mencatatkan jumlah penduduk yang paling kecil iaitu 10,251.[1]Setiap daerah ditadbir oleh sebuah Jabatan Daerah, yang merupakan salah sebuah jabatan dalam kerajaan Brunei iaitu di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Ketua pentadbiran ialah Pegawai Daerah.Ibu negara Bandar Seri Begawan terletak dalam Daerah Brunei-Muara.