Dag_Hammarskjöld

Dag Hjalmar Agne Carl Hammarskjöld ( 29 Julai 1905 - 18 September 1961) merupakan diplomat Sweden dan Setiausaha Agung PBB ke-3. Beliau berkhidmat sejak April 1953 hinggalah beliau terbunuh dalam kemalangan kapal terbang di Zambia / Rhodesia pada September 1961 yang penuh misteri. Sebab sebenar beliau meninggal dunia tidak dapat diputuskan.