Daimyo
Daimyo

Daimyo

Daimyo (大名, daimyō) ( daimyō (bantuan·maklumat)) ialah pemerintah feudal yang paling berpengaruh dalam sejarah Jepun dari kurun ke-10 hingga kurun ke-19. Istilah "daimyo" secara harfiah bererti "nama besar." Dari shugo zaman Muromachi melalui zaman perang saudara hingga zaman Edo, pangkat tersebut mempunyai sejarah yang panjang dan berbeza-beza. Istilah "daimyo" juga kadang kala merujuk pada tokoh-tokoh terkemuka bagi keluarga-keluarga sebegitu, juga dipanggil "pembesar". Dari ketua-ketua perang inilah, seorang shogun selalunya, walaupun tidak semestinya, muncul atau seorang pemangku raja dipilih.Daimyo biasanya memakai pakaian berwarna ungu, berjulat dari gelap hingga terang bergantung pada setinggi mana pangkat mereka. Warna ungu gelap dan terang mendahului warna hijau gelap dan terang, warna merah gelap dan terang, dan akhir sekali warna hitam. Daimyo tertinggi dianggap menjadi bangsawan.