Dan_Sebenarnya

"Dan Sebenarnya" ialah lagu nyanyian Yunalis Zarai (Yuna), digubah dan ditulis liriknya oleh Yuna bersama rakan-rakannya Paan, Efry, dan Adil. Lagu yang menjadi runut ketiga dalam EP Yuna ini berjaya menduduki naib juara di Anugerah Juara Lagu 2009.Lagu ini turut dicalonkan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Pop Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-17, yang mana kemudiannya memenangi kategori Lagu Pop Terbaik seterusnya dijulang sebagai Lagu Terbaik AIM 17. Lagu ini kemudiannya dimuatkan dalam album Material yang dikeluarkan pada 2015.

Dan_Sebenarnya

Dikeluarkan pada 12 Oktober 2008
Senarai runut Yuna
Senarai runut Yuna
"After Midnight"
(Trek 2)
"Dan Sebenarnya"
(Trek 3)
"Blue Sands"
(Trek 4)
Penerbit Yunalis Zarai
Penulis Yunalis Zarai, Pa’an Fadzlishah, Efry Arwis, Adil Ali
Panjang 4:23
Genre Pop, akustik
Syarikat Yuna Room Records