Sejarah Darjah_(sudut)

Awal mula satu bulatan dibahagi kepada 360° berasal dari Kerajaan Babylon Kuno kerana sistem bilangan Babylon Kuno menggunakan bilangan yang berasaskan 60. Sedangkan kita saat ini terbiasa menggunakan sistem bilangan berasaskan 10.

Selain itu, penggunaan nombor 360 sebagai jumlah 'darjah' dalam bulatan amat berguna kerana ia senang dibahagikan. 360 mempunyai 24 pembahagi (termasuk 1 dan 360), termasuk setiap nombor dari 1 hingga 10 kecuali 7.

Pembahagi 360: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 9, 10, 12, 15, 18, 20, 24, 30, 36, 40, 45, 60, 72, 90, 120, 180, 360