Darjah_Dato'_Paduka_Cura_Si_Manja_Kini_(D.P.C.M)

Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M) merupakan anugerah negeri Perak Peringkat Kedua Darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan telah mencapai sekurang-kurangnya Gred 54.Darjah Pangkat Kedua ini tiada mempunyai kolar tetapi bintang adalah sama dengan Pangkat Pertama kecuali garisan pusatnya ialah 7.6 sentimeter. Lencana Darjah ini juga sama dengan Bintang Darjah kecuali saiznya adalah terlebih kecil dari lencana pangkat yang lebih tinggi. Penganugerahan peringkat kedua ini adalah terhad kepada 70 orang sahaja dan ia membawa gelaran "Dato'".Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini merupakan salah satu dari Darjah Kebesaran Negeri Perak.