Darjah_Dato'_Pahlawan_Taming_Sari

Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.) merupakan salah satu anugerah kerajaan negeri Perak. Penerima darjah ini terhad kepada 30 sahaja dan menikmati dengan gelaran "Dato' Pahlawan". Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang berpangkat Brigedier Jeneral hingga Mejar Jeneral dan kepada anggota-anggota pasukan polis yang berpangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya hingga Timbalan Pesuruhjaya.Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari merupakan salah satu dari Darjah Kebesaran Negeri Perak.