Darjah_Dato'_Seri_Azlanii_(D.S.A)

Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A) ini dikurniakan khas sempena Perayaan Jubli Perak Pemerintahan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tahun 2009. Darjah ini telah diwartakan hanya untuk 25 penerima sahaja serta dikurniakan sekali sahaja dan tidak akan dikurniakan lagi. Penerima-penerima darjah ini merupakan orang banyak berjasa kepada Baginda Sultan Azlan Shah sepanjang pemerintahan baginda.Darjah ini telah dikurniakan di Istana Iskandariah,Kuala Kangsar, Perak pada 2 Febuari 2009.Darjah ini membawa gelaran "Dato' Seri".