Dassault_Aviation
Dassault_Aviation

Dassault_Aviation

Dassault Aviation merupakan sebuah anak syarikat Dassault Group dari Perancis yang mengeluarkan pesawat untuk kegunaan ketenteraan dan awam.Ia telah ditubuhkan pada tahun 1930 oleh Marcel Bloch dengan nama Société des Avions Marcel Bloch atau "MB". Selepas Perang Dunia II, Marcel Bloch telah menukar nama syarikat ini kepada Marcel Dassault, dan kemudian ditukar lagi menjadi Avions Marcel Dassault pada 20 Disember 1947. Pada tahun 1971, Dassault memperolehi Breguet, menubuhkan Avions Marcel Dassault-Breguet Aviation (AMD-BA). Pada tahun 1990, syarikat ini dinamakan semula sebagai Dassault Aviation.