Kegunaannya Dataran_Trafalgar

Upacara Krismas

Sempena hari Krismas setiap tahun sejak 1947, sebatang pokok pain besar akan dihadiahkan oleh kota Oslo di Norway untuk kegunaan London sebagai pokok Krismas - upacara ini merupakan tanda penghargaan terhadap sokongan Britain ketika Perang Dunia Kedua. Datuk Bandar Westminster selalunya akan melawat Oslo lewat musim luruh bagi melibatkan diri dalam penebangan pokok yang dipilih manakala Datuk Bandar Oslo pula akan datang ke London bagi menghidupkan lampu-lampu pokok itu pada hari sambutan tersebut berlaku.

Keraian Tahun Baru

Meskipun tidak banyak majlis yang diadakan untuk meraikan Tahun Baru di kawasan ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan melampau (sambutan Tahun Baru pada peringkat negara di Britain lebih tertumpu di Edinburgh, Scotland dengan nama Hogmanay), khalayak ramai tetap akan berkunjung ke dataran ini pada penghujung setiap tahun.

Demonstrasi awam

Dataran ini telah menjadi suatu lokasi yang mempunyai kepentingan sosial dan politikal yang tinggi di kalangan pelawat dan penduduk di London, justeru ia menjadi tempat tumpuan utama pelbagai jenis kempen demonstrasi sejak dataran ini siap dibina. Pada tahun 1968, seramai 100,000 orang melakukan tunjuk perasaan terhadap pembabitan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam di dataran ini sebelum mereka bergerak menuju ke kedutaan negara tersebut di Dataran Grosvenor.[4] Pada sekitar tahun 1980an pula, Rumah Afrika Selatan yang berdekatan menjadi tempat tumpuan demonstrasi anti-aparteid yang berterusan. Dataran ini juga menjadi menyaksikan tunjuk perasaan beramai-ramai terhadap peperangan yang berlaku di Afghanistan serta Iraq.[5] Pada 2005 pula dataran ini menjadi lokasi pengadaan majlis memperingati mangsa-mangsa pengeboman yang berlaku di kota London pada 7 Julai.[6]

Sukan

Dataran ini digunakan pasukan ragbi England bagi meraikan kemenangan mereka dalam Piala Ragbi Dunia pada 9 Disember 2003 [7] serta pasukan kriket England bagi kemenangan mereka dalam siri perlawanan Ashes pada 13 September 2005.[8] Ia turut pernah menjadi lokasi pembukaan Tour de France pada tahun 2007.[9]

Rujukan

WikiPedia: Dataran_Trafalgar http://www.blitzandblight.com/england/london/fourt... http://www.camvista.com/england/london/trafsq.php3 http://www.flickr.com/groups/87492404@N00 http://www.fosterandpartners.com/projects/trafalga... http://travel.msn.com/Guides/article.aspx?cp-docum... http://claimlondon.pbwiki.com/Trafalgar%20Square http://rhaworth.com/os/coor_g.php?pagename=Dataran... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=D... http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/london/4247000.... http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/4679681.stm