Datuk_Bandar_Johor_Bahru

Datuk Bandar Johor Bahru merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Johor, Malaysia. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di Johor Bahru, iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru selepas penaiktarafan status Johor Bahru daripada bandar kepada bandar raya pada 1 Januari 1994.Penyandang Datuk Bandar Johor Bahru ialah Dato' Adib Azhari Daud yang mula berkhidmat sejak 17 November 2019[1].