Datuk_Bandar_Pulau_Pinang

Datuk Bandar Pulau Pinang merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Pulau Pinang, Malaysia. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di George Town, iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang selepas penaiktarafan status George Town daripada bandar kepada bandar raya pada 1 Januari 2015.Penyandang Datuk Bandar Pulau Pinang ialah Dato' Ar. Yew Tung Seang yang mula berkhidmat sejak 20 Januari 2019[1].