Datuk_Bandar_Subang_Jaya

Datuk Bandar Subang Jaya merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Selangor. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di Subang Jaya, iaitu Majlis Bandaraya Subang Jaya. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya selepas penaiktarafan status Subang Jaya daripada bandar kepada bandar raya.Penyandang Datuk Bandar Subang Jaya ialah TPr. Noraini Roslan yang merupakan datuk bandar pertama bagi Subang Jaya. Beliau mula berkhidmat sejak 20 Oktober 2020[1].