Dave Batista

David Michael Bautista, Jr. (lahir pada 18 Januari 1969) ialah seorang pelakon dan bekas ahli gusti profesional dari Amerika Syarikat terutamanya untuk syarikat WWE. Beliau menjadi juara dunia sebanyak enam kali, Kejohanan Heavyweight Dunia sebanyak empat kali, dan Kejohanan WWE sebanyak dua kali di bawah agensi ini. Di samping itu, Batista telah memenangi Kejohanan Tag Team Dunia sebanyak tiga kali (dua kali dengan Ric Flair dan sekali dengan John Cena) dan Kejohanan Tag Team WWE sekali (dengan Rey Mysterio). Batista juga merupakan pemenang Royal Rumble 2005 dan berjaya memenangi Kejuaraan Heavyweight Dunia di WrestleMania 21.[1]

Dave Batista

Tinggi di gelanggang 6 ft 2.7 in (1.9 m)
Lahir (1969-01-18) 18 Januari 1969 (umur 51)
Arlington, Virginia
Tinggal Tampa, Florida
Kemunculan pertama 1997
Nama di gelanggang Batista
Dave Batista
Deacon Batista
Leviathan
Kahn/Khan
Dari (di gelanggang) Washington, D.C.
Berat di gelanggang 290 lb (130 kg)
Dilatih oleh Afa Anoa'i