David Marchand

Rencana ini adalah berkenaan dengan ahli politik. Untuk ahli muzik, lihat Davey Havok.David Marchand (10 Disember 177611 Mac 1832) ialah ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari Pennsylvania. Beliau juga Mejar Jeneral Divisyen Ke-13 Tentera Awam antara 1812 hingga 1814.Dilahirkan berhampiran Irwin, Pennsylvania, Marchand belajar perubatan lalu membuka klinik di Kaunti Westmoreland, Pennsylvania. Beliau dipilih untuk mewakili Parti Republikan Demokratik dalam Kongres Ke-15 dan dipilih semula lagi untuk menyertai Kongres Ke-16. Pada 1821, Marchand dipilih sebagai protonotari kepada Kaunti Westmoreland. Selepas itu, Marchand meneruskan pengendalian kliniknya dan meninggal dunia di Greensburg, Pennsylvania pada 1832 lalu dikebumikan di Perkuburan Greensburg. Marchand bapa Albert Gallatin Marchand.