Kematian David Thompson (ahli politik Barbados)

Pada satu taklimat akhbar di kediaman rasminya, Ilaro Court, pada 14 Mei 2010, Thompson yang diiringi tabib peribadinya, Richard Ishmael, mengakui bahawa dirinya mengalami sakit perut sejak awal bulan Mac, dan juga telah menjalani pemeriksaan perubatan yang tidak berhasil di Barbados, kemudian pergi bersama Ishmael ke New York untuk membuat pemeriksaan lanjutan. Disebabkan proses pemeriksaan yang mengambil masa lama, tugas Perdana Menteri diambil alih Peguam Negara dan Timbalan Perdana Menteri Freundel Stuart buat sementara waktu.[12][13]

Pada 30 Ogos, Thompson kembali bertugas sebagai Perdana Menteri sekembalinya di Barbados dua hari sebelumnya. Pada 7 September, sekali lagi beliau ke New York atas sebab-sebab yang tidak diketahui.[14][15] Tidak lama kemudian, Richard Ishmael memaklumkan orang ramai bahawa Perdana Menteri mengalami barah pankreas.[16][17]

Wikiberita mempunyai berita berkaitan: Prime Minister of Barbados David Thompson dies at age 48

Thompson meninggal dunia di rumahnya di Mapps, St. Philip, pada kira-kira jam 2:10 pagi pada 23 Oktober 2010. Isterinya, Mara, dan anak-anak perempuannya Mischa, Oya dan Osa-Marie berada di sisinya.[18] Sebaik sahaja berita kematian Thompson tersebar, para pembesar serantau dan antarabangsa menyampaikan ucapan takziah[19][20] kepada keluarga Thompson dan bangsa Barbados.[21]

Rujukan

WikiPedia: David Thompson (ahli politik Barbados) http://www.cbc.bb/index.php?option=com_content&vie... http://www.barbados.gov.bb/pm.htm http://barbadosadvocate.com/newsitem.asp?more=poli... http://www.barbadosadvocate.com/newsitem.asp?more=... http://www.barbadosadvocate.com/newsitem.asp?more=... http://www.barbadosadvocate.com/newsitem.asp?more=... http://www.barbadosadvocate.com/newsitem.asp?more=... http://www.barbadosadvocate.com/newsitem.asp?more=... http://elections.enfocuscrm.com/viewconstituency.c... http://www.jamaicaobserver.com/news/Barbados-PM-Da...