Politik David Thompson (ahli politik Barbados)

Thompson menceburi bidang politik menerusi pilihan raya kecil berikutan kematian Perdana Menteri Errol Barrow, apabila beliau memenangi kerusi Saint John pada tahun 1987.[4][1] Ketika Erskine Sandiford menjadi Perdana Menteri, Thompson bertugas sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kebudayaan mulai tahun 1991 hingga 1993. Selepas itu, dia dilantik sebagai Menteri Kewangan hingga tahun 1994. Thompson menjadi ketua DLP apabila Sandiford meletak jawatan setelah tewas dalam usul tidak percaya dalam parlimen. Thompson mengetuai kempen Parti Buruh Demokratik dalam pilihan raya 1994 dan 1999, tetapi gagal dalam kedua-duanya. Beliau meletak jawatan ketua parti pada September 2000 berikutan kekalahan ketiga selaku ketua parti pada pilihan raya kecil St. Thomas. Bagaimanapun, apabila ketua parti Clyde Mascoll berpaling tadah ke Parti Buruh Barbados, Thompson sekali lagi menjadi ketua pembangkang pada Januari 2006.[4][1]

Parti Buruh Demokratik memenangi pilihan raya umum pada 15 Januari 2008 dengan meraih 20 kerusi berbanding 10 untuk Parti Buruh Barbados yang diketuai bekas Perdana Menteri Owen Arthur. Thompson mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam pada 16 Januari.[10] Thompson turut mengekalkan kerusinya untuk kawasan parlimen St. John dengan 84% undian.[11] Beliau mengumumkan Jemaah Menterinya pada 19 Januari, termasuk dirinya sebagai Menteri Kewangan, Hal-Ehwal dan Pembangunan Ekonomi, Buruh, Perkhidmatan Awam dan Tenaga; Jemaah tersebut mengangkat sumpah pada hari keesokannya.

Rujukan

WikiPedia: David Thompson (ahli politik Barbados) http://www.cbc.bb/index.php?option=com_content&vie... http://www.barbados.gov.bb/pm.htm http://barbadosadvocate.com/newsitem.asp?more=poli... http://www.barbadosadvocate.com/newsitem.asp?more=... http://www.barbadosadvocate.com/newsitem.asp?more=... http://www.barbadosadvocate.com/newsitem.asp?more=... http://www.barbadosadvocate.com/newsitem.asp?more=... http://www.barbadosadvocate.com/newsitem.asp?more=... http://elections.enfocuscrm.com/viewconstituency.c... http://www.jamaicaobserver.com/news/Barbados-PM-Da...