David_Fu_Chee_Ming

Kapten (B) David Fu Chee Ming adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Sibu, Sarawak. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 2 Jun 1971 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pengganas komunis.Pada 27 Ogos 1970 anggota Platun 8 Kompeni C 6 Renjer yang diketuai oleh Leftenan David adalah sebahagian daripada kumpulan yang diarah untuk melakukan serang hendap ke atas satu kumpulan musuh yang dilaporkan akan datang ke suatu tempat yang dikenal pasti. Setelah musuh memasuki kawasan membunuh, Lt M David terus meletupkan claymore mine diikuti oleh semburan GPMG ke arah pengganas.Platun 8 pimpinan Lt M David berjaya membunuh empat orang pengganas dan merampas tiga senjata automatik bersama sejumlah besar peluru dan enam beg galas yang mengandungi peralatan serta kelengkapan pengganas. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 2 Jun 1971.