Deanna_Yusoff

Deanna Yusoff (lahir 3 Januari 1967) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Memulakan kerjaya hiburan profesional pada 1990, Deanna menjadi perhatian media menerusi watak lakonannya sebagai Mastura dalam filem Selubung yang melayakkan beliau menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10. Deanna juga terkenal dengan dua watak lakonannya, Yasmin dan Zulaikha dalam drama Idaman (1998-2001). Selain itu, beliau juga berbakat dalam bidang muzik dan telah menerbitkan dua album studio. Beliau mempunyai syarikat perniagaan sendiri, Artisanal Asia Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan yang diberi nama Grandjean iaitu coklat premium daripada Switzerland.

Rujukan

WikiPedia: Deanna_Yusoff http://www.deannayusoff.com/ http://www.imdb.com/name/nm0951133/ http://www.nationmultimedia.com/home/A-strong-disc... http://www.star2.com/travel/2016/04/30/what-does-a... http://www.ytlcommunity.com/common/printerfriendly... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt...