Deepfake

Deepfake[nota bahasa 1] [dip-fék], palsu tulen,[1] palsu asli ataupun pemalsuan/kepalsuan dalam ialah bahantara yang menggantikan rupa atau wajah seseorang dalam media audiovisual sedia ada (baik gambar atau video) dengan rupa orang yang lain menggunakan rangkaian neural buatan.[2] Bahantara ini selalunya digunakan dengan menggabungkan dan menindan bahantara sedia ada ke atas bahantara asal menggunakan kaedah pembelajaran mesin yang dikenali dengan nama pengekod auto dan rangkaian perseteruan janaan (GAN).[3][4]Teknologi sebegini mendapat liputan yang luas berikutan laporan mengenai kegunaannya dalam banyak jenayah termasuk video lucah selebriti, pornografi dendam, berita palsu, olokan dan penipuan kewangan.[5][6][7][8] Hail ini telah menimbulkan pelbagai maklum balas daripada pihak industri dan pemerintah dalam langkah mengesan dan menyekat penggunaannya.[9][10]