Dekri Milan atau Perintah Milan (Edict of Milan) adalah sepucuk
surat yang mengisytiharkan toleransi agama dalam
Empayar Rom. Surat ini dikeluarkan pada tahun
313 sejurus selepas penamatan
Penyeksaan Diocletian. Walaupun adalah benar bahawa
Constantine I dan
Licinius telah berbincang mengenai polisi agama apabila mereka bertemu di
Milan dalam bulan Februari tahun 313, teks yang disebut sebagai Dekri Milan itu adalah sebenarnya sepucuk surat kepada Gabenor
Bithynia, yang merupakan salah satu sejumlah surat yang dikeluarkan Licinius dalam wilayah yang ditaklukinya dari
Maximinus pada tahun 313. Toleransi dan pengembalian telah pun dijalankan oleh Constantine di
Gaul,
Britain dan
Sepanyol, oleh
Maxentius di
Itali dan
Afrika.
Galerius dan Licinius menjamin toleransi di wilayah
Balkan pada tahun 311. Jadi surat-surat tersebut yang ditandatangani Licinius dengan namanya sendiri dan Constantine adalah hanya dibuat untuk menjamin toleransi dan pengembalian di
Anatolia dan Timur yang berada di bawah pemerintahan Maximinius.