Delhi
Delhi

Delhi

Kepadatan
Metro• 11,463/km2 (29,689/sq mi)
• 18,916,890[2] (#2) (2010[update])• Aras tinggi• 239 m (784 kaki)[3]Delhi, (Bahasa Hindi: दिल्ली, Bahasa Panjabi: ਦਿੱਲੀ, Urdu: دِلّی‎‎ dillī; nama rasmi: Wilayah Ibu Negara Delhi (National Capital Territory of Delhi, NCT)), merupakan metropolis terluas dan kedua teramai penduduknya di India, dan juga metropolis kelapan terbesar di dunia, kerana diduduki oleh lebih 12.25 juta penduduk dalam wilayah Delhi sahaja, dan seramai 22.2 juta orang di seluruh Kawasan Ibu Negara (yang juga merangkumi Noida, Gurgaon, Noida Besar, Faridabad dan Ghaziabad).[2] Ada yang menganggap beberapa kawasan bandar berdekatan NCT sebagai kawasan Delhi; begitu juga dengan New Delhi, ibu negara India yang terletak dalam lingkungan metropolis. NCT merupakan sebuah wilayah kesatuan tadbiran persekutuan.Delhi merupakan ibu negara dan pusat politik dan kebudayaan India. Delhi yang terletak di tebing Sungai Yamuna pernah menjadi petempatan manusia tanpa henti sejak abad ke-6 SM.[4] Setelah kebangkitan Kesultanan Delhi, Delhi bangkit sebagai kota politik, budaya dan perdagangan utama di sepanjang laluan perdagangan antara India barat laut dan dataran Gangga.[5][6] Inilah tapak bagi pelbagai tugu, tapak arkeologi dan tinggalan zaman purbakala. Pada tahun 1639, maharaja Mughal, Shahjahan membina sebuah kota bertembok di Delhi yang berfungsi sebagai ibu kota Empayar Mughal dari tahun 1649 hingga 1857.[7][8]Setelah Syarikat Hindia Timur British menguasai India pada abad ke-18 dan ke-19, Calcutta menjadi ibu kota pada zaman pemerintahan Syarikat dan juga zaman British Raj, sehingga berpindah balik ke Delhi atas titah Raja George V. Sebuah ibu kota baru bernama New Delhi dibina di selatan kota lama pada 1920-an.[9] Apabila India merdeka pada tahun 1947, New Delhi diisytiharkan sebagai ibu negara dan pusat kerajaannya. Oleh itu, di New Delhilah terletaknya pejabat-pejabat terpenting dalam kerajaan persekutuan, termasuk Parlimen India, dan juga berbilang muzium, tugu dan galeri seni kebangsaan.Kesan penghijrahan orang ramai dari seluruh negara, Delhi berkembang menjadi metropolis kosmopolitan yang pelbagai budaya. Pembangunan dan pembandaran yang pesat, serta pendapatan penduduk yang agak lumayan, telah membentuk Delhi menjadi pusat kebudayaan, politik dan perdagangan utama di India. [10]

Rujukan

WikiPedia: Delhi http://www.ucalgary.ca/applied_history/tutor/islam... http://123independenceday.com/indian/gift_of/freed... http://www.aboutpalaceonwheels.com/palace-on-wheel... http://www.aipsmedia.com/index.php?page=interview&... http://airport-delhi.com/ http://www.avalanchepress.com/Soldier_Shah.php http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601039&re... http://www.business-standard.com/india/storypage.p... http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/features/u... http://content.cricinfo.com/india/content/story/26...