Demografi Delhi

Pertumbuhan Kependudukan Delhi
CensusPop.
1901405,819
1911413,8512.0%
1921488,45218.0%
1931636,24630.3%
1941917,93944.3%
19511,744,07290.0%
19612,658,61252.4%
19714,065,69852.9%
19816,220,40653.0%
19919,420,64451.4%
200113,782,97646.3%
Sumber: delhiplanning.nic.in
† Bilangan penduduk naik mendadak pada tahun 1951 kerana
penghijrahan besar-besaran ekoran Pemecahan India pada tahun 1947.
Lebih empat perlima penduduk Delhi beragama Hindu. Kuil Akshardham merupakan kuil Hindu terbesar di dunia.[74]Kuil Teratai, Tempat Ibadat Bahá'í di New Delhi, India12% penduduk Delhi beragama Islam. Jama Masjid ialah masjid terbesar di India.

Warga kota Delhi terdiri daripada pelbagai kelompok etnik dan kebudayaan yang menjadikan Delhi sebuah bandaraya kosmopolitan. Sebagai pusat politik dan ekonomi India utara, Delhi menarik pekerja kolar biru mahupun kolar putih dari merata India, maka menambah lagi kepelbagaian budayanya. Sebagai pusat diplomasi yang dijadikan tapak kedutaan dari 160 negara, Delhi juga ada komuniti ekspatriat yang besar.

Menurut Banci India 2010, jumlah penduduk Delhi ketika itu adalah 13,782,976[1], maka kepadatan penduduknya adalah 9,294 orang per km², dengan nisbah jantina 821 perempuan untuk 1000 lelaki, dan kadar celik huruf 81.82%. Pada tahun 2004, jumlah penduduknya dianggarkan meningkat ke 15,279,000, ketika kadar kelahiran, kadar kematian dan kadar kematian bayi masing-masing berada pada 20.03, 5.59 dan 13.08 (per 1000 orang penduduk).[75] Pada tahun 2007, Wilayah Ibu Negara Delhi dianggarkan mempunyai 21.5 juta penduduk, iaitu kawasan metropolitan kedua terbesar di India di belakang Mumbai.[76] Mengikut anggaran tahun 1999–2000, jumlah penduduk yang berada di bawah ambang kemiskinan (ditakrifkan sebagai berpendapatan bulanan $11 ke bawah) di Delhi adalah 1,149,000 (8.23% jumlah penduduk Delhi, berbanding 27.5% dari seluruh penduduk India).[77] Pada tahun 2001, Delhi menokok 285,000 orang penduduk kesan penghijrahan, dan 215,000 lagi kesan pertumbuhan penduduk semula jadi[75]. Dwarka, koloni perumahan terancang yang terbesar di Asia, terletak di dalam Wilayah Ibu Negara Delhi.[78]

Agama Hindu dianuti oleh 81% penduduk Delhi, yang hidup di samping komuniti besar penganut agama Islam (10.7%), Sikh (4.0%), Baha'i (3.0%), Jain (1.1%) dan Kristian (0.9%)[79], serta golongan minoriti lain seperti Parsi, Anglo-India, Buddha dan Yahudi.[80]

Bahasa Hindustan merupakan bahasa lisan utama manakala bahasa Inggeris menjadi bahasa bertulis utama di Delhi. Juga dipertuturkan di bandaraya ini adalah loghat-loghat Hindi, Punjabi dan Urdu.

Pada tahun 2005, Delhi mencatat peratusan jenayah tertinggi (16.2%) di kalangan 35 bandaraya India yang diduduki lebih sejuta orang.[81] Delhi juga melaporkan kadar jenayah tertinggi terhadap wanita (27.6 berbanding purata negara 14.1 per 100,000) dan kanak-kanak (6.5 berbanding purata negara 1.4 per 100,000) di India.[82]

Rujukan

WikiPedia: Delhi http://www.ucalgary.ca/applied_history/tutor/islam... http://123independenceday.com/indian/gift_of/freed... http://www.aboutpalaceonwheels.com/palace-on-wheel... http://www.aipsmedia.com/index.php?page=interview&... http://airport-delhi.com/ http://www.avalanchepress.com/Soldier_Shah.php http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601039&re... http://www.business-standard.com/india/storypage.p... http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/features/u... http://content.cricinfo.com/india/content/story/26...