Ekonomi Delhi

Maklumat terperinci: Ekonomi India

Dengan anggaran Keluaran Dalam Negeri bersih (tahun kewangan 2007) sebanyak ₹. 1,182 bilion (US$24.5 bilion) dari segi nominal dan ₹. 3,364 bilion ($69.8 bilion) dari segi pariti kuasa beli,[48][49] Delhi merupakan pusat perdagangan terbesar di India utara.[50] Pada tahun 2007, Delhi mencatat pendapatan per kapita sebanyak ₹ 66,728 ($1,450) pada harga semasa, iaitu yang ketiga tertinggi di India di belakang Chandigarh dan Goa.[51]

sektor tertier menyumbangkan 70.95% KDNK Delhi, diikuti sekunder (25.20%) dan primer.[49] Tenaga kerja Delhi membentuk 32.82% penduduknya, iaitu meningkat sebanyak 52.52% dari tahun 1991 hingga 2001.[52] Kadar pengangguran di Delhi menjunam dari 12.57% pada 1999–2000 hingga 4.63% pada tahun 2003.[52]

Pada tahun 2001, jumlah tenaga kerja di semua sektor kerajaan (persekutuan dan negeri) dan separa kerajaan adalah 620,000, berbanding dengan sektor swasta terancang yang mengambil 219,000 pekerja.[52] Antara industri perkhidmatan terpenting termasuk teknologi maklumat, telekomunikasi, hotel, perbankan, media dan pelancongan.[53] Industri perkilangan Delhi juga banyak meningkat kerana banyak perusahaan barangan pengguna telah menubuhkan unit-unit perkilangan dan ibu pejabat di dalam dan sekeliling Delhi. Kebesaran pasaran pengguna serta keramaian buruh mahir menjadi faktor penting yang menarik pelaburan asing ke Delhi. Pada tahun 2001, sektor perkilangan mengambil 1,440,000 orang pekerja dalam 129,000 unit industri.[54]

Perusahaan pembinaan, jana kuasa, telekomunikasi, kesihatan, khidmat masyarakat, dan hartanah adalah unsur-unsur penting yang membentuk ekonomi Delhi. Delhi mempunyai industri peruncitan yang terbesar dan antara yang paling berkembang pesat di India.[55] Hasilnya, harga tanah melambung naik di Delhi yang kini menduduki tangga ketujuh dalam senarai kawasan pejabat termahal di dunia, pada $145.16 sekaki persegi.[56] Seperti di seluruh India, kepesatan pertumbuhan sektor peruncitan diduga menjejaskan sistem peruncitan tradisional yang tak terancang.[57]

Rujukan

WikiPedia: Delhi http://www.ucalgary.ca/applied_history/tutor/islam... http://123independenceday.com/indian/gift_of/freed... http://www.aboutpalaceonwheels.com/palace-on-wheel... http://www.aipsmedia.com/index.php?page=interview&... http://airport-delhi.com/ http://www.avalanchepress.com/Soldier_Shah.php http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601039&re... http://www.business-standard.com/india/storypage.p... http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/features/u... http://content.cricinfo.com/india/content/story/26...