Geografi Delhi

Sungai Yamuna berhampiran DelhiKilat menyambar berhampiran Gerbang India, New Delhi. Delhi menerima curahan hujan terbanyak ketika musim monsun dari bulan Julai hingga Ogos.

Wilayah Ibu Negara Delhi meliputi kawasan seluas 1,484 km2 (573 bt2), yang mana 783 km2 (302 bt2) merupakan kawasan luar bandar, sementara 700 km2 (270 bt2) yang selebihnya menjadi kawasan bandar. Delhi mencatat kepanjangan maksima 51.9 km (32 mi) dan lebar maksima 48.48 km (30 mi). Delhi terdiri daripada tiga bandar berkanun, iaitu Perbadanan Perbandaran Delhi (luasnya 1,397.3 km2 atau 540 bt2), Jawatankuasa Perbandaran New Delhi (42.7 km2 atau 16 bt2) dan Lembaga Kantonmen Delhi (43 km2 atau 17 bt2).[32]

Delhi terletak di 28°37′N 77°14′E / 28.61°N 77.23°E / 28.61; 77.23, di India Utara. Delhi bersempadan dengan negeri Uttar Pradesh di timur dan negeri Haryana di barat, utara dan selatan. Seluruh wilayah Delhi terletak di dataran Ganga. Dua ciri-ciri paling menonjol dalam geografi Delhi merupakan dataran banjir Yamuna dan Delhi ridge. Dataran banjir Yamuna yang rendah dilitupi tanah lanar subur yang sesuai untuk pertanian, namun dataran ini sering dilanda banjir berulang-ulang. Rabung yang mencapai ketinggian 318 m (1,043 kaki)[33] merupakan bentuk bumi yang paling berdominasi di kawasan ini, berasal dari Rabung Aravalli di selatan dan mengelilingi kawasan barat, timur laut dan barat daya bandaraya Delhi. Sungai Yamuna yang suci dalam agama Hindu adalah satu-satunya sungai utama yang mengalir melalui Delhi. Sebatang lagi sungai iaitu Sungai Hindon memisahkan Ghaziabad dari bahagian timur Delhi. Delhi terletak di bawah zon-IV seismik, iaitu terdedah kepada gempa bumi besar.[34]

Iklim

Delhi mempunyai iklim subtropika lembab yang atipikal (Köppen Cwa). Musim panasnya lama dan sangat panas, dari awal April hingga tengah Oktober, tetapi dicelah musim monsun. Awal Mac menyaksikan tiupan angin berubah haluan dari arah barat laut ke barat daya, yang membawa gelombang panas dan berpasir dari Rajasthan yang mencirikan musim panas di Delhi. Pada bulan Mac hingga Mei terasa bahang yang amat kuat. Monsun tiba pada hujung Jun untuk meredakan bahang, tetapi pada masa yang sama membuat cuaca semakin lembap. Musim panas yang singkat dan sederhana pada akhir bulan November dan memuncak pada bulan Januari digeruni kerana kabus tebalnya.[35]

Delhi mencatat suhu lampau iaitu sesejuk 0.6 °C (30 °F) hingga sepanas 46.7 °C (120 °F).[36] Suhu min tahunan adalah 25 °C (77 °F); suhu min bulanan pula dari 13 °C hingga 32 °C (56 °F hingga 90 °F).[37] Purata curahan hujan tahunan adalah kira-kira 714 mm (28.1 inci), kebanyakannya turun pada musim monsun pada Julai dan Ogos.[12] Tarikh purata kedatangan angin monsun adalah 29 Jun.[38][39]

 Suhu dan kerpasan purata untuk Delhi 
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tertinggi °C (°F)29
(84)
32
(90)
37
(99)
42
(108)
50
(122)
52
(126)
43
(109)
42
(108)
38
(100)
37
(99)
35
(95)
32
(90)
45
(113)
Suhu tinggi purata °C (°F)18
(64)
23
(73)
28
(82)
36
(97)
39
(102)
37
(99)
34
(93)
33
(91)
33
(91)
31
(88)
27
(81)
21
(70)
30
(86)
Suhu rendah purata °C (°F)7
(45)
11
(52)
15
(59)
22
(72)
26
(79)
27
(81)
27
(81)
26
(79)
24
(75)
19
(66)
13
(55)
8
(46)
18.5
(65)
Rekod terendah °C (°F)-0.6
(31)
0
(32)
6
(43)
12
(54)
16
(61)
21
(70)
21
(70)
20
(68)
20
(68)
13
(55)
7
(45)
2
(36)
-0.6
(31)
Kerpasan mm (inci)22.9
(0.9)
20.3
(0.8)
15.2
(0.6)
10.2
(0.4)
15.2
(0.6)
71.1
(2.8)
236.2
(9.3)
236.2
(9.3)
111.8
(4.4)
17.8
(0.7)
10.2
(0.4)
10.2
(0.4)
713.7
(28.1)
Sumber: wunderground.com [40] 27 November 2008

Rujukan

WikiPedia: Delhi http://www.ucalgary.ca/applied_history/tutor/islam... http://123independenceday.com/indian/gift_of/freed... http://www.aboutpalaceonwheels.com/palace-on-wheel... http://www.aipsmedia.com/index.php?page=interview&... http://airport-delhi.com/ http://www.avalanchepress.com/Soldier_Shah.php http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601039&re... http://www.business-standard.com/india/storypage.p... http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/features/u... http://content.cricinfo.com/india/content/story/26...