Media Delhi

Menara TV Pitampura memancarkan siaran di Delhi

Sebagai ibu negara India, New Delhi menjadi tumpuan pelaporan politik, terutamanya siaran sesi Parlimen harian di televisyen. Sebilangan besar agensi media seluruh negara, antaranya Press Trust of India dan Doordarshan yang milik negara, bertapak di bandaraya ini. Siaran televisyen di bandaraya ini termasuk dua saluran televisyen terestrial percuma dari Doordarshan, dan beberapa saluran kabel berbahasa Hindi, Inggeris dan setempat yang dikendali oleh pengendali kerajaan dan swasta. Televisyen satelit pula belum mencapai sambutan hebat di bandaraya.[106]

Suratkhabar masih kekal sebagai bahantara berita yang laris di Delhi. Pada tahun 2004–05, 1029 suratkhabar dalam 13 bahasa diterbitkan di bandaraya ini, termasuk 492 yang berbahasa Hindi (termasuk Navbharat Times, Hindustan Dainik, Punjab Kesari, Naiduniya, Dainik Jagran, Dainik Bhaskar dan Dainik Desbandhu). Pasaran akhbar berbahasa Inggeris diterajui oleh The Hindustan Times yang mengedarkan sejuta naskhah seharian, diekori oleh Times of India, The Hindu, Indian Express, Business Standard, The Pioneer dan Asian Age. Radio tidak begitu disambut hangat di Delhi, namun radio FM semakin menyengat[107] sejak pembukaan beberapa saluran FM baru pada tahun 2006.[108]Dari Delhi berpancarnya beberapa stesen radio milik negara dan swasta, termasuk All India Radio (AIR), antara penyedia perkhidmatan radio yang terbesar di dunia, yang menawarkan enam saluran radio dalam sepuluh bahasa. Stesen radio berasaskan kota yang lain termasuk Aaj Tak, Radio City (91.1 MHz), Big FM (92.7 MHz), Red FM(93.5MHz), Radio One (94.3 MHz), Hit FM (95 MHz), Apna Radio, Radio Mirchi (98.3 MHz), FM Rainbow (102.4 MHz), Fever FM (104 MHz), Meow FM (104.8 MHz), FM Gold (106.4 MHz).

Rujukan

WikiPedia: Delhi http://www.ucalgary.ca/applied_history/tutor/islam... http://123independenceday.com/indian/gift_of/freed... http://www.aboutpalaceonwheels.com/palace-on-wheel... http://www.aipsmedia.com/index.php?page=interview&... http://airport-delhi.com/ http://www.avalanchepress.com/Soldier_Shah.php http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601039&re... http://www.business-standard.com/india/storypage.p... http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/features/u... http://content.cricinfo.com/india/content/story/26...