Pendidikan Delhi

Maklumat terperinci: Pendidikan di India
Sebagai kolej perubatan terunggul di India,[101] All India Institute of Medical Sciences adalah peneraju penyelidikan dan perawatan perubatan sedunia[102]

Sekolah dan institusi pengajian tinggi di Delhi ditadbir oleh Pejabat Pengarah Pendidikan, kerajaan NCT, atau pertubuhan swasta. Pada tahun 2004–05, terdapat 2,515 sekolah rendah, 635 sekolah menengah rendah, 504 sekolah menengah dan 1,208 sekolah menengah tinggi di Delhi. Pada tahun yang sama, institusi pengajian tinggi di Delhi merangkumi 165 kolej, termasuk lima kolej perubatan dan lapan kolej kejuruteraan,[103] enam universiti (Universiti Delhi, Universiti Jawaharlal Nehru, Jamia Millia Islamia, Universiti Guru Gobind Singh Indraprastha (GGSIPU), Universiti Perundangan Kebangsaan, Universiti Terbuka Kebangsaan Indira Gandhi (IGNOU) dan Jamia Hamdard), dan sembilan "universiti teranggap".[103] Universiti Guru Gobind Singh Indraprastha dan Universiti Perundangan Kebangsaan bertaraf universiti negeri; IGNOU adalah untuk pengajian jarak jauh; yang selebihnya universiti pusat. Delhi merupakan tempat terlataknya 3 daripada 10 kolej kejuruteraan terunggul di India, iaitu IIT Delhi, NSIT (dahulunya DIT) dan DTU (dahulunya DCE).

Institut Teknologi India, Delhi merupakan institut sains dan teknologi keempat terbaik di Asia pada tahun 1999.[104]

Sekolah swasta di Delhi yang menggunakan bahasa Inggeris atau Hindi sebagai bahasa perantara, bersekutu dengan badan-badan pentadbiran berikut: Majlis Peperiksaan Sijil Sekolah India (Council for the Indian School Certificate Examinations, CISCE), Lembaga Pendidikan Menengah Pusat (Central Board for Secondary Education, CBSE) atau Institut Persekolahan Terbuka Negara (National Institute of Open Schooling, NIOS). Pada 2004–05, kira-kira 1.529 juta pelajar berdaftar di sekolah rendah, 822 ribu di sekolah menengah rendah dan 669 juta di sekolah menengah di seluruh Delhi[103]; 49% daripadanya adalah pelajar perempuan. Pada tahun yang sama, kerajaan Delhi membelanjakan 1.58%–1.95% keluaran dalam negeri kasarnya untuk pendidikan.[103]

Setelah menghabiskan fasa menengah sepuluh tahun mengikut rancangan 10+2+3/4, pelajar biasanya melanjutkan pelajaran mereka di maktab rendah atau sekolah menengah tinggi untuk pembelajaran yang lebih terfokus selama dua tahun. Mereka memilih aliran seni liberal, perdagangan, sains, atau vokasional. Selepas itu, mereka yang ingin menyambung pelajaran mengejar ijazah sarjana muda di kolej, atau ijazah profesional dalam bidang undang-undang, kejuruteraan atau perubatan. Antara institut pengajian tinggi atau penyelidikan di India termasuk All India Institute of Medical Sciences, Dr.Ram Manohar Lohia Hospital & PGIMER, Universiti Jawaharlal Nehru, Institut Statistik India, Institut Teknologi India, Institut Perdagangan Luar Negara India, Universiti Teknologi Delhi, Universiti Perundangan Kebangsaan, Delhi, Institut Teknologi Netaji Subhas, Institut Perundangan India, Delhi School of Economics, dan Jamia Millia Islamia. Pada tahun 2008, kira-kira 16% warga Delhi memegang sekurang-kurangnya ijazah lepasan kolej.[105]

Rujukan

WikiPedia: Delhi http://www.ucalgary.ca/applied_history/tutor/islam... http://123independenceday.com/indian/gift_of/freed... http://www.aboutpalaceonwheels.com/palace-on-wheel... http://www.aipsmedia.com/index.php?page=interview&... http://airport-delhi.com/ http://www.avalanchepress.com/Soldier_Shah.php http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601039&re... http://www.business-standard.com/india/storypage.p... http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/features/u... http://content.cricinfo.com/india/content/story/26...