Pengangkutan Delhi

Rencana utama: Transport in Delhi
Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi adalah antara yang tersibuk di Asia Selatan.[58] Gambar ini menunjukkan Terminal 1D lapangan terbang tersebut.Delhi Metro dinaiki purara 1,500,000 penumpang sehari.[59]Fail:DTC low-floor busDTC mengendali armada bas CNG terbesar di dunia[60][61]

Pengangkutan awam di Delhi disediakan oleh bas, beca bermotor dan sistem tren metro.

Bas merupakan kaedah pengangkutan paling digemari yang memenuhi kira-kira 60% jumlah permintaan pengguna.[62] Perbadanan Pengangkutan Delhi (Delhi Transport Corporation, DTC) milik negara merupakan penyedia perkhidmatan bas utama di bandaraya ini. DTC mengendali armada bas CNG mesra alam yang terbesar di dunia.[63] Delhi BRTS ialah perkhidmatan bas alihan laju yang berkhidmat di antara kawasan Ambedkar Nagar dan Delhi Gate.

Delhi Metro, sebuah sistem alihan laju massa yang dibina dan dikendali oleh Perbadanan Rel Metro Delhi (Delhi Metro Rail Corporation, DMRC), memberi kemudahan kepada kebanyakan kawasan di Delhi dan juga bandar satelit Gurgaon di Haryana dan Noida di Uttar Pradesh. Pada Oktober 2010, metro ini terdiri daripada enam aliran beroperasi yang menjangkau 153 km (95 mi) dan 130 stesen di samping beberapa lagi aliran yang sedang dibina.[64] Pembinaan Fasa I menelan AS$2.3 billion; Fasa II pula menelan AS$4.3 bilion lagi.[65] Fasa II masih dalam pembinaan (dijangka siap pada tahun 2010) dan akan mencapai kepanjangan 128 km.[66] Phase-III dan IV masing-masing akan siap pada tahun 2015 dan 2020 sehingga membentuk rangkaian 413.8 km yang lebih panjang daripada London Underground.

Beca bermotor juga tidak kurang hebat sambutannya di Delhi kerana tambangnya yang lebih rendah daripada teksi. Kebanyakan beca ini berwarna hijau kuning dan menggunakan gas asli mampat (CNG) sebagai bahan api. Teksi tidak penting sangat di Delhi walaupun mudah didapati. Kebanyakan teksi dikendali oleh syarikat swasta. Perhentian teksi juga didapati di kawasan perumahan. Selain itu, teksi radio berpenyaman udara yang boleh dipanggil dengan menghubungi talian pusat, juga semakin popular kerana menetapkan kadar tambang ₹ 15 sekilometer.

Delhi merupakan sebuah persimpangan utama dalam peta landasan keretapi India dan juga tempat terletaknya ibu pejabat Northern Railway. Lima stesen keretapi utama di Delhi adalah Stesen Keretapi New Delhi, Old Delhi, Nizamuddin, Anand Vihar dan Sarai Rohilla.[62]Delhi bersambung dengan bandaraya lain melalui berbilang lebuh raya. Delhi kini dihubungi tiga lebuh raya ekspres (dan tiga lagi dalam pembinaan) sebagai hubungan dengan kawasan subbandar komersil yang makmur. Lebuhraya Ekspres Delhi menghubungkan Delhi dengan Gurgaon dan lapangan terbang antarabangsa. DND Flyway dan Lebuhraya Ekspres Noida-Noida Raya pula menghubungkan Delhi dengan kawasan subbandar Noida dan Noida Raya yang makmur juga.

Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (DEL) terletak di sudut barat Delhi dan berfungsi sebagai pintu masuk utama untuk lalulintas udara awam domestik dan antarabangsa di bandaraya ini. Pada tahun 2006–07, lapangan terbang ini mencatatkan lalu lintas seramai 23 juta penumpang,[67][68] menjadikannya salah sebuah lapangan terbang tersibuk di Asia Selatan. Terminal 3 baru yang berharga AS$1.93 bilion menampung 34 juta lagi penumpang setahun mulai tahun 2010.[69]

Kenderaan persendirian menyumbangkan 30% jumlah permintaan pengangkutan di Delhi.[62] Pada kadar kepanjangan jalan raya 1922.32 km per 100 km², Delhi adalah antara bandaraya yang mengalami kepadatan jalan tertinggi di India.[62] Delhi dihubungkan dengan seluruh India oleh lima Lebuhraya Kebangsaan: NH 1, 2, 8, 10 dan 24. Jalan raya di Delhi di bawah jagaan MCD (Perbadanan Perbandaran Delhi), NDMC, Delhi Cantonment Board, Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Delhi.[70]

Kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi, serta kepesatan ekonomi telah menaikkan permintaan secara mendadak untuk pengangkutan di Delhi sehingga banyak memberi tekanan besar kepada prasarana pengangkutan yang sedia ada. Selain itu, pada tahun 2008, bilangan kenderaan di kawasan metropolitan mencecah 11.2 juta[71], atau 85 untuk setiap 1,000 penduduk Delhi.[72] Untuk menampung permintaan pengangkutan di Delhi, kerajaan Negeri dan Kesatuan memulakan pembinaan sistem alihan laju massa, termasuk Delhi Metro.[62] Pada tahun 1998, Mahkamah Agung India memerintah agar semua kenderaan awam di Delhi menggunakan gas asli mampat sebagai bahan api yang menggantikan diesel dan hidrokarbon yang lain.[73]

Rujukan

WikiPedia: Delhi http://www.ucalgary.ca/applied_history/tutor/islam... http://123independenceday.com/indian/gift_of/freed... http://www.aboutpalaceonwheels.com/palace-on-wheel... http://www.aipsmedia.com/index.php?page=interview&... http://airport-delhi.com/ http://www.avalanchepress.com/Soldier_Shah.php http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601039&re... http://www.business-standard.com/india/storypage.p... http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/features/u... http://content.cricinfo.com/india/content/story/26...