Takrifan Demam

Suhu badan mempunyai julat yang besar.[3]Demam biasanya dipersetujui sekiranya:

  • Suhu pada dubur adalah atau melebihi 37.5–38.3 °C (99.5–100.9 °F)[1][3]
  • Suhu pada mulut (oral) adalah pada atau melebihi 37.7[convert: needs unit name][4]
  • Suhu pada ketiak (“axillary”) atau pada telinga (“otic”) adalah pada atau melebihi 37.2 °C (99.0 °F)

Pada orang dewasa yang sihat julat bagi suhu mulut adalah 33.2–38.2 °C (91.8–100.8 °F), bagi dubur ia adalah 34.4–37.8 °C (93.9–100.0 °F), bagi selaput tympanik ia adalah 35.4–37.8 °C (95.7–100.0 °F) dan bagi ketiak (“axillary”) ia adalah 35.5–37.0 °C (95.9–98.6 °F).[5]

Suhu badan mungkin meningkat selepas aktiviti berat tetapi ini tidak dianggap sebagai demam kerana titik set suhu badan adalah normal. Orang tua memiliki kurang keupayaan bagi menghasilkan haba badan, dengan itu suhu tahap rendah mungkin juga mewakili penyakit asas yang serius.