Demokrasi

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dengan kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik.Perkataan demokrasi berasal daripada bahasa Yunani δημοκρατíα iaitu δημος yang bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν yang bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Istilah ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat di atas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx, komunisme merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dalam negara yang mengamalkan demokrasi secara langsung, dan tiada kerajaan yang bebas daripada kehendak rakyat).Demokrasi adalah "satu sistem kerajaan di mana semua orang sebuah negara atau tatanegara... terlibat dalam membuat keputusan tentang perkara-perkaranya, lazimnya dengan undi untuk memilih wakil-wakil bagi sebuah parlimen atau perhimpunan serupa."Demokrasi seterusnya ditakrifkan sebagai 1. pemerintahan oleh rakyat; terutamanya: peraturan majoriti, 2. sebuah kerajaan yang kuasa tertingginya dikurniakan oleh orang ramai dan digunakan oleh mereka secara terus atau secara tidak langsung melalui satu sistem perwakilan biasanya melibatkan secara berkala mengadakan pilihan raya bebas.Menurut saintis politik dari Amerika, Larry Diamond, demokrasi terdiri daripada empat elemen utama iaitu:Demokrasi berbeza dengan bentuk kerajaan yang kuasa tertumpa pada individu, sebagai satu kerajaan bebas, atau kuasa dilaksanakan oleh sebilangan kecil individu, seperti oligarki. Walau bagaimanapun, idea demokrasi diwarisi dari falsafah Yunani kini kabur kerana kerajaan kontemporari adalah campuran unsur demokrasi, oligarki, dan beraja. Karl Popper mentakrifkan demokrasi sebagai berbeza daripada pemerintahan diktator atau zalim, dengan menumpukan pada peluang untuk orang ramai mengawal pemimpin mereka dan membuang pemimpin tanpa perlu membuat revolusi.Beberapa kelainan demokrasi wujud, tetapi terdapat dua bentuk dasar, yang kedua-duanya berkaitan bagaimana rakyat dalam melaksanakan kehendak mereka. Sebuah bentuk demokrasi ialah demokrasi langsung yang semua warganegara yang layak mempunyai penyertaan aktif dan langsung dalam membuat keputusan politik. Dalam kebanyakan demokrasi moden, warganegara yang layak kekal sebagai kuasa berdaulat tetapi kuasa politik dilaksanan secara tidak langsung melalui wakil yang dipilih; ini dipanggil demokrasi perwakilan