Dendam_Rubik
Dendam_Rubik

Dendam_Rubik

Dendam Rubik (juga dikenali sebagai Kiub Master) ialah Kiub Rubik berdimensi 4x4x4. Kiub tersebut terdiri daripada 1 teras dan 56 bahagian yang dicantumkan dengan teras, iaitu 8 bucu, 24 tepi dan 24 pusat.Tidak seperti Kiub Rubik, Dendam Rubik tidak mempunyai bahagian pusat yang tetap; bahagian-bahagian pusat dibenarkan untuk menukar kedudukannya.Dendam Rubik dapat diselesaikan dengan cara yang sama seperti Kiub Rubik, asalkan bahagian-bahagian tengah berada dalam kedudukan yang betul dan bahagian-bahagian tepi telah dicantumkan.