Denmark
Denmark

Denmark

– di Eropah  (light green & dark grey)
– di kesatuan Eropah  (light green)  –  [Petunjuk]Denmark (Bahasa Denmark: Danmark) merupakan negara Nordik yang paling kecil. Negara ini terletak di semenanjung Scandinavia, iaitu di utara Eropah. Denmark bersempadankan Laut Baltik dan Laut Utara, serta mempunyai semenanjung yang bersambung dengan Jerman dan pulau pulau kecil. Denmark terletak di utara Jerman dan Poland, timur laut Sweden dan selatan Norway. Tambahan, Greenland dan Pulau Faroe menjadikan raja Denmark sebagai ketua negara (sama seperti Australia, New Zealand dan Kanada yang menjadikan Ratu Britain sebagai ketua negara mereka), tetapi mempunyai hak untuk memerintah secara berasingan.Penyatuan kerajaan Denmark mula pada abad ke-10 apabila Denmark mengawal Laut Baltik. Denmark kemudian mengawal Kesatuan Kalmar yang diasaskan pada 1397 (terhadap Norway dan Sweden). Kesatuan ini berakhir pada 1523 apabila ia "digantikan" oleh Sweden, Walau bagaimanapun, Denmark tetap mengekalkan kesatuan itu ke atas Norway sehingga ia dibubarkan pada 1814. Selain itu, Denmark juga meluaskan tanah jajahannya dari kesatuan ini, sehingga Kepulauan Faroe dan Greenland. Denmark juga bangkit selepas kekalahan mereka dalam Perang Scleswig Kedua yang menyemarakkan semangat nasionalisme Denmark. Denmark mengekalkan kedudukan neutralnya pada Perang Dunia Pertama. Pada April 1940, tentera Jerman melancarkan serangan ke atas Denmark. Selepas kejayaan Jerman, Jerman menduduki Denmark sehingga Jerman menyerah kalah kepada Pihak Berikat pada Mei 1945. Denmark menjadi pengeksport terbesar produk pertanian pada separuh kedua abad ke-19.Perlembagaan Denmark ditandatangani pada 5 Jun 1849 yang menamatkan monarki mutlak yang bermula sejak 1660. Kini, raja Denmark Ratu Margrethe II melaksanakan pemerintahan perlimen demokrasi. Parlimen kebangsaan dan kerajan berpusat di Copenhagen, ibu negara dan bandar terbesar serta pusat komersial utama Denmark. Denmark kini menjadi ahli Kesatuan Eropah pada 1973 dan menggantikan mata wang krone kepada euro. Selain itu, Denmark juga ahli NATO, Majlis Nordic, OECD, OSCE dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Denmark menikmati taraf hidup yang tinggi dan negara yang berkedudukan baik pada pendidikan, kesihatan, kebebasan awam, kemakmuran dan pembangunan manusia. Negara ini berkedudukan tinggi pada mobiliti sosial. Denmark antara salah satu negara mempunyai per kapita tertinggi. Pada tahun 2014, Denmark merupakan negara pencen terbaik di dunia.

Denmark

• Greenland 55,860[3]
• Speaker Folketing Pia Kjaersgaard
Pemerintahan Demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan
Ibu kota Copenhagen
• Per kapita $56,335[4] (ke-6)
Gini (2014)  27.5[5]
low
• Anggaran Januari 2017 ▲ 5,748,769[1] (112th)
• Ratu Ratu Margrethe II
• Air (%) 1.6²
• Total $285.468 billion[4][N 1] (ke-52)
KDNK (nominal) Anggaran 2017 
• Musim panas (DST) UTC+2 (CEST²)
Kod panggilan +454
HDI (2015) ▬ 0.925[6]
sangat tinggi · ke-5
• Kerajaan cammpuran Campuran VK
Bahasa rasmi Denmark1
Internet TLD .dk2,3
Zon masa UTC+1 (CET²)
KDNK (PPP) Anggaran 2017 
Demonim Danish atau Dane
Bandar terbesar capital
• Kepadatan 133.9/km2 (346.8/sq mi)
• Kepulauan Faroe 49,884[2]
• Jumlah $324.146 billion[4][N 1] (ke-34)
Mata wang Krone Denmark (DKK)
• Perdana Menteri Lars Løkke Rasmussen
Bahagian memandu kanan
Kumpulan etnik 91.1% Denmark, 8.9% (Jerman, Greek, Bosnia, Rusia, Turki, Arab)