Sejarah Denmark

Prasejarah

Barang arkeologi terawal yang ditemui di Denmark pada 130,000–110,000 sebelum masihi. Zaman Gangsa Nordic (1800–600 TD) di Denmark terdapat "pongsu" termasuk penemuan lur .

Ketika Zaman Besi Pra-Rom(500 BC – AD 1), kumpulan pribumi mula bermigrasi ke selata. Orang Rom juga menjalani perdagangan dan berhubung dengan kaum pribumi yang mendiami Denmark. Kekuatan pengaruh budaya Celtic pada zaman ini juga berlaku berikut penemuan Gundestrup cauldron.

Ahli sejarah percaya sebelum kedatangan prekursor ke Denmark, kumpulan yang datang dari timur kepulauan Denmark (Zealand) dan Skåne bertutur dalam bahasa Germanik Utara. Kumpulan ini kemudian ke Great Britain untuk menjadi tentera upahan raja Vortigern. Mereka kemudian diserap ke dalam etnik Angles dan Saxon yang kemudian membentuk Anglo-Saxon.

Struktur pertahanan Danevirke dibina sejak abad ke-3 untuk melindungi raja Denmark. Alfabet pertama digunakan pada masa yang sama di Ribe, kawasan tertua di Denmark dan dipercayai diasaskan pada AD700.

Zaman Pertengahan

Dari abad ke-8 sehingga abad ke-10, orang Denmark, Sweden dan Norway dikenali sebagai bangsa Viking. Mereka semua menjajah, menyerbu dan berdagang di seluruh Eropah. Penjelajah Viking merupakan orang pertama menemui Iceland pada kemalangan yang berlaku pada abad ke-9 kerana mereka ingin ke Kepulauan Faroe dan mereka secara tidak sengaja, terus menyeberangi "Vinland" (tanah berangin), tempat itu kini dikenali sebagai Newfoundland di Kanada. Bangsa Viking Denmark aktif di Kepulauan British dan Eropah Barat. Mereka menakluk England di bawah Raja Sweyn Forkbeard pada 1013, Ireland dan Perancis pula didiami puak Normandy. Kebanyakan pens Anglo-Saxong pada zaman ini ditemui di England dan Denmark.

Merujuk kepada Batu-batuan Jelling, puak Denmark bersatu dan memeluk agama Kristian sekitar tahun 965 ole Harald Bluetooth. Ia percaya bahawa Denmark menjadi Kristian kerana alasan politik untuk menghalang kekuasaan Kristian di Eropah. Germania merupakan tempat perdagangan penting bagi puak Denmark. Harald kemudian membina enam kubu di seluruh Denmark yang dipanggil Trelleborg dan Danevirke. Pada awal abad ke-11, Canute Agung menyatukan Denmark, England dan Norway sepanjang 30 tahun.

Pada 1397, Denmark menyertai kesatuan bersama Norway dan Sweden di bawah Ratu Margaret I. Ketiga-tiga negara itu berdagang dengan baik. Walau bagaimanapun, selepas 125 tahun, Sweden keluar daripada kesatuan ini dan pada 17 Jun 1523, Raja Gustav Vasa menakluk kota Stockholm.

Reformasi Protestan tersebar ke Scandinavia pada 1530an dan perang saudara Count Feud. Denmark menukar kepada ajaran Lutheranisme pada 1536. Pada tahun berikutnya, Denmark bersetuju untuk menyertai kesatuan dengan Norway.

Sejarah awal moden

Empayar kolonial Denmark pada pertengahan abad ke-18.

Selepas Sweden keluar daripada Kesatuan Kalmar pada 1523, Denmark cuba untuk mengawal Sweden. Kali pertama pada Perang Tujuh Tahun Utara dan kali kedua pada Perang Kalmar ketika Raja Christian IV menyerang Sweden pada tahun 1611 tetapi gagal untuk memaksa Sweden kembali bersatu bersama Denmark. Perang itu tiada pertukaran wilayah tetapi Sweden membayar wang pampasan sebanyak 1 juta perak riksdaler kepada Denmark. Perang ini juga kemenangan besar yang terakhir buat Denmark dalam peperangan ke atas Sweden. Pada dekad seterusnya, Sweden meluaskan tanah jajahannya sehingga menjadikan negara mereka negara terbesar di Scandinavia mengikut luas dan populasi.

Raja Christian menggunakan duit dari pampasan perang itu untuk membaik pulih kota dan kubu dan yang paling penting, Glückstadt, Christiania (berikutan kebakaran besar yang mengalami kerosakan teruk di Oslo), Christianshavn dan Christianstad. Christian juga membina beberapa bangunan termasuk Børsen, Rundetårn, Nyboder, Rosenborg, sebuah lombong perak dan sebuah kilang tembaga. Beliau juga mengasaskan Syarikat Hindia Timur Denmark selepas "diajak" oleh Syarikat Hindia Timur Belanda untuk memungut keuntungan di Ceylon. Empayar kolonial Denmark juga menjalankan perdagangan di Afrika dan India. Selain itu, empayar ini juga menjalankan perdagangan dengan kuasa besar yang lain termasuk pertanian.

Dalam Perang Tiga Puluh Tahun, Raja Christian Denmark cuba untuk menjadi ketua Lutheran di Jerman tetapi beliau tewas dalam Pertempuran Lutter. Keputusan peperangan itu menunjukkan ketua Katolik di bawah Albrecht von Wallenstein mudah untuk menyerang dan menduduki Jutland sehingga Denmark terpaksa untuk menyerah kalah daripada peperangan. Denmark berjaya mengelakkan konsesi wilayah mereka tetapi Raja Gustavus Adolphus campur tangan di Jerman dan menandakan ketenteraan di Sweden semakin meningkat manakala ketenteraan Denmark di rantau Eropah menurun. Tentera Sweden melancarkan serangan ke atas Jutland pada 1643 dan menawan kota Skåne pada 1644. Merujuk kepada ahli sejarah, Geoffrey Parker, "Pendudukan Sweden menyeebabkan kemerosotan dalam bidang pertanian dan kekurangan kapita, hasil tuaian jatuh mendadak dan wabak Maut Hitam melanda negara ini pada tahun 1647 dan 1651. Populasi Denmark jatuh 20 peratus."

Den Grundlovgivende Rigsforsamling karya Constantin Hansen memaparkan Majlis Perlembagaan menubuhkan perlembagaan Denmark.

Pada tahun 1645, Denmark menyerahkan Halland, Gotland, bahagian terakhir jajahan Denmark di Estonia, dan wilayah kecil di Norway pada Perjanjian Bromsebro. Pada 1657, Raja Frederick III melancarkan perang ke atas Sweden dan berarak di Bremen-Verden. Perang ini membawa kekalahan kepada tentera Denmark dan tentera-tentera Raja Sweden, Charles X Gustav menyerang Jutland, Funen, dan Zealand sebelum menandatangani Perjanjian Keamanan Roskilde pada Februari 1658, di mana Sweden dibenarkan untuk mengawal Skåne, Blekinge, Trøndelag dan pulau Bornholm. Pada Ogos 1658, Charles X Gustav mula mengepung kota Copenhagen selama dua bulan tetapi gagal. Dalam perjanjian keamanan berikutnya, Denmark berjaya untuk mengekalkan kemerdekaannya dan dibenarkan mengawal Trøndelag dan Bornholm.

Denmark juga untuk mengawal wilayah Skåne dalam Perang Scania (1675–79) tetapi gagal. Selepas berlakunya Perang Utara Besar (1700–21), Denmark dapat mengawal bahagian Schleswig dan Holstein yang diperintah oleh kerabat Holstein-Gottorp pada 1721 dan 1773. Pada Perang Napoleon, Denmark asalnya ingin menegakkan polisi neutral dan berdagang dengan Perancis dan United Kingdom. Selain itu, Denmark juga menyertai Tentera Berkecuali bersama Rusia, Sweden dan Prusia. British menganggap Denmark bermusuh dengannya lalu menyerang Copenhagen pada 1801 dan 1807. Dalam satu peristiwa, armada Denmark telah dibakar berdekatan kota Copenhagen,

Permusuhan ini kemudian berlaku di antaa British dan Denmark lalu berlakunya Perang Kapal Meriam. British mengawal perairan di antara Denmark dan Norway untuk membawa bencana kepada ekonomi kedua-dua kesatuan ini. Pada tahun 1813, kesatuan Denmark-Norway menjadi bankrap. Kesatuan Denmark-Norway dibubarkan secara rasmi pada Perjanjian Kiel pada tahun 1814. Selepas pembubaran kesatuan dengan Norway, Denmark tetap mengekalkan posisinya di Iceland (kekal bersama monarki Denmark sehingga 1944), Kepulauan Faroe dan Greenland.

Denmark pada Perang Dunia

Kereta perang Jerman di Jutland semasa Perang Dunia Kedua.

Selepas Eropah dilanda Revolusi 1848, Denmark melaksanakan sistem raja berperlembagaan pada 5 Jun 1849. Dua kamar parlimen telah dibuka. Denmark melancarkan perang ke atas Prusia dan Habsburg Austria dalam Perang Schleswig Kedua, peperangan itu berlaku dari Februari sehingga Oktober 1864. Denmark secara mudahnya tewas dan terpaksa memberikan wilayah Schleswig dan Holstein kepada Prussia. Kekalahan Denmark pada kali ini merupakan siri kekalahan terpanjang dan kehilangan wilayah yang bermula sejak abad ke-17. Selepas peristiwa ini, Denmark menjadi sebuah negara neutral atau berkecuali di Eropah.

Perindustrian datang ke Denmark pada separuh kedua abad ke-19. Landasan kereta api mula dibina di Denmark pada 1850an untuk menghubungkan antara bandar ke bandar lain serta melonjakkan ekonomi negara. Perdagangan pula mula pada 1870an. Orang luar dari negara jiran mula bermigrasi ke bandar-bandar utama. Pertanian Denmark menjadi utama serta mengeksport produk daging dan tenusu.

Denmark kekal kedudukan neutralnya pada Perang Dunia Pertama. Selepas kekalahan teruk Jerman, dan pada Perjanjian Versailles, wilayah Schleswig-Holstein dikembali semula ke Denmark. Berikutan fahaman irredentisme Jerman, Denmark cuba untuk mempertimbangkan wilayah itu melalui pungutan suara. Dua pungutan suara Schleswig berlaku pada 10 Februari dan 14 Mac 1920. Pada 10 Julai 1920, bahagian utara Schleswig (Sønderjylland) dijaga oleh Denmark dan memiliki seramai 163,600 penduduk. Hari yang dikenali sebagai Genforeningsdag disambut setiap 15 Jun bersempena dengan tarikh peristiwa perebutan wilayah Sclewig dengan Jerman.

Pada 1939, Denmark menandatangani pakatan selama 10 tahun untuk tidak diserang oleh Jerman Nazi tetapi Jerman menyerang Denmark pada 9 April 1940 dan kerajaan Denmark terpaksa menyerah selepas dua jam tentera Denmark mempertahankan tanah airnya. Perang Dunia Kedua di Denmark "dicirikan" oleh ko-operasi ekonomi bersama Jerman sehingga 1943, ketika kerajaan Denmark dan tentera lautnya menghantar kapal dan banyak tentera ke Sweden. Kerajaan juga melancarkan operasi menyelamatkan orang-orang Yahudi yang diseksa oleh orang Jerman sebelum mereka semua ke kem tahanan untuk dibunuh. Sesetengah orang Denmark menyokong fahaman Nazisme dan menyertai Parti Nazi Denmark atau menjadi sukarelawan untuk menentang penjajah Jerman merupakan sebahagian daripada Frikorp Danmark. Iceland memutuskan hubungan dengan Denmark lalu menjadi negara merdeka pada 1944. Jerman kemudian menyerah kalah pada Mei 1945. Pada tahun 1948, Kepulauan Faroe diberikan kelebihan untuk memerintah negara mereka dengan bersendirian.

Selepas perang

Denmark menjadi ahli Kesatuan Eropah pada tahun 1973 dan menandatangani Perjanjian Lisbon pada tahun 2007.

Selepas Perang Dunia Kedua, Denmark menjadi salah satu ahli Persatuan Perdagangan Bebas Eropah, NATO dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada 1973, bersama Britain dan Ireland, Denmark menjadi Komuniti Eropah (EEC) selepas referendrum oleh rakyat. Perjanjian Maastricht ditolak oleh rakyat Denmark pada 1992 dan ia diterima apabila referendrum kali kedua pada setahun kemudian. Denmark menolak mata wang euro menjadi mata wang kebangsaan mereka selepas menjalani referendrum pada 2000. Greenland menerima status memerintah negara pada 1979 dan dianugerahkan "penentuan nasib sendiri", iaitu tidak menerima pengaruh luar pada 2009. Kepulauan Faroe dan Greenland bukan ahli Kesatuan Eropah, Kepulauan Faroe menamatkan keahlian EEC pada 1973 dan Greenland pada 1986 kerana isu perikanan.

Denmark juga menyertai banyak misi kemanusiaan dan ketenteraan termasuk di Cyprus, Bosnia dan Herzegovina, Korea, Mesir, Croatia, Kosovo, Habsyah, Afghanistan, Iraq, Somalia dan juga Libya.