Menu
Deria Deria bukan manusiaBenda-benda hidup lain juga memiliki saraf penerima untuk mencerap persekitarannya, termasuklah deria-deria yang ada dalam manusia, tetapi banyak berbeza dari segi mekanisme dan keupayaan mengikut spesis.
Sesetengah haiwan seperti kelawar dan ikan lumba-lumba memiliki kebolehan menentukan arah ke objek lain melalui pentafsiran bunyi pantulan (seperti sonar), khususnya untuk melalui kawasan gelap atau memburu mangsa. Belum ditentukan sama ada ini sekadar pentafsiran cerapan auditori pasca indera yang amat canggih ataupun sememangnya deria yang berasingan. Untuk mencari jawapannya, kita perlu mengimbas otak haiwan berkenaan ketika melakukan penggemaan (gemalokasi), tetapi amat sukar untuk melakukan begitu. Orang yang cacat penglihatan mengaku boleh memandu arah sendiri dengan mentafsir bunyi pantulan (khususnya bunyi kaki sendiri), maka terbentuknya fenomena gemalokasi manusia.
Di kalangan spesies bukan manusia, anjing lebih kuat deria baunya berbanding manusia, itupun mekanismenya tidak banyak berbeza. Serangga mempunyai penerima bau dalam sesungutnya.
Kucing berupaya melihat dengan jelas dalam suasana malap kerana otot yang mengelilingi iris dalam mata mengecutkan dan mengembangkan anak mata, di samping juga membran pemantul bergelar tapetum lusidum yang mengoptimumkan imej.Ular kapak, ular sawa dan sesetengah jenis ular boa mempunyi organ yang membolehkannya mengesan cahaya inframerah, agar ular-ular tersebut boleh mengesan haba mangsanya. Spesies kelawar penghisap darah biasa mungkin juga terdapat pengesan inframerah pada hidungnya.[11] Kajian juga mendapati bahawa burung dan sesetengah haiwan lain berupaya melihat dalam sinaran ultraungu hingga 300 nanometer. Lebah dan pepatung[12] juga boleh melihat dalam sinar ultraungu.
Hidupan air Ctenophora mempunyi penerima perimbangan (statosista) yang amat berbeza fungsinya dari salur separuh bulat dalam haiwan mamalia.
Tambahan pula, sesetengah haiwan memiliki deria yang tiada dalam manusia, termausk yang berikut:
Menu
Deria Deria bukan manusiaBerkaitan
Deria Deria keenam Deria bau Deria Jisim Aliran Udara Deria eksteroseptif Derhaka Sebuah Cinta Derita Untuk Bahagia Derita Pia Dera Ghazi Khan Derma darahRujukan
WikiPedia: Deria http://www.physpharm.fmd.uwo.ca/undergrad/senseswe... http://www.eioba.com/a70192/senses http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=4... http://www.nature.com/neuro/press_release/nn0200.h... http://users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologyP... http://www.roblesdelatorre.com/gabriel/GR-IEEE-MM-... http://www.scribd.com/doc/32909/Sensing-or-feeling... http://www.pitt.edu/AFShome/s/l/slavic/public/html... http://www.ks.uiuc.edu/Research/magsense/ms.html http://www.senses.info