Deria-deria Deria

Penglihatan

Penglihatan ialah keupayaan otak dan mata mengesan gelombang elektromagnet dalam julat nampak (cahaya) iaitu kita mentafsir imej sebagai "pemandangan." Para ahli neuroanatomi menganggap penglihatan itu adalah dua deria, kerana saraf penerima yang berbeza berfungsi menjadikan persepsi warna (kekerapan foton cahaya) dan kecerahan (amplitud/keamatan - bilangan foton cahaya). Seseorang yang kecacatan penglihatan adalah buta.

Pendengaran

Pendengaran ialah deria penserapan bunyi. Memandangkan bunyi itu ialah getaran yang merambat melalui bahantara seperti udara, maka pengesanan getaran berkenaan, iaitu deria pendengaran, ialah deria mekanikal seperti deria sentuh. Dalam tubuh manusia, pencerapan ini dicetuskan oleh gnetian rambut yang halus dalam telinga yang mengesan pergerakan membran yang bergetar untuk membalas perubahan dalam tekanan dari zarah-zarah atmosfera dalam julat 20 hingga 22000 Hertz[perlu rujukan], dengan perubahan yang besar antara individu. Bunyi juga boleh dikesan sebagai getaran yang dijalankan melalui badan dengan siasatan. Frekuensi yang lebih rendah dan lebih tinggi yang boleh didengar dikesan dengan cara ini sahaja. Ketidakupayaan untuk mendengar dipanggil kepekakan.

Rasa

Deria rasa ialah salah satu dari dua deria "kimia". Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis rasa[5] yang boleh dikesan saraf penerima dalam lidah, iaitu manis, masam, masin dan pahit, tetapi pada tahun 2000 disahkan jenis rasa kelima iaitu umami (gurih, dikesan glutamat asid amino yang terdapat dlaam daging dan perasa tiruan seperti MSG) yang pernah diusulkan seawal tahun 1908[6]. Masalah kecacatan deria rasa diberi istilah ageusia.

Bau

Pembauan atau deria hidu ialah deria kimia yang satu lagi. Untuk deria rasa, terdapat ratusan saraf penerima bau, setiap satunya bergabung dengan sifat molekul yang tertentu. Molekul bau mempunyi pelbagai sifat yang boleh merangsang saraf penerima yang berpadanan. Gabungan isyarat perangsang dari saraf penerima berbeza membentuk persepsi kita terhadap bau molekul berkenaan. Dalam otak, pembauan diproses oleh sistem olfaktori. Neuron menerima olfaktori dalam hidung bebrza dari neuron-neuron lain iaitu mati dan tumbuh semula secara kerap. Kecacatan deria hidu digelar anosmia. Sesetengah neuron dalam hidung dikhususkan untuk mengesan feromon (Bahan yang dirembeskan oleh sesuatu haiwan dalam kuantiti yang kecil yang boleh menyebabkan tindak balas pembiakan, perkembangan atau tabiat tertentu oleh haiwan berdekatan yang sama spesies dengannya.[7])

Perimbangan dan pemecutan

Perimbangan ialah deria yang membolehkan oragnisma mencerap pergerakan badan, arah, dan pemecutan, serta mencapai dan mengekalkan keseimbangan badan. Organ perimbangan ialah sistem is the labirin vestibul yang terdapat dalam kedua-dua belah telinga dalam. Sebenarnya, organ ini berfungsi menghidupkan dua deria, iaitu momentum sudut dan pecutan linear (yang juga mengesan graviti), kedua-duanya sekali dikenali sebagai "ekuilibriosepsi."

Saraf vestibul menyalurkan maklumat dari tiga salur separuh bulat yang berpadanan dengan tiga satah ruang, utrikel, dan sakul. Ampula atau bahagian tapak setiap salur separuh bulat tersebut mengandungi struktur yang dipanggil krista yang melengkung mengikut momentum sudut atau pemusingan. Sakul dan utrikul sebagai "organ otolit" pula mengesan pecutan linear dan graviti. Otolit ialah hablur kalsium karbonat kecil yang menyalurkan inersia yang diperlukan untuk mengesan perubahan dalam pecutan atau graviti.

Suhu

Termosepsi ialah deria haba oleh kulit termasuk saluran dalam kulit. Termoseptor (saraf penerima haba) dalam kulit agak berbeza dari termoseptor homeostatik dalam otak (hipotalamus) yang menyalurkan maklumbalas mengenai suhu dalam badan.

Kinestesia

Propriosepsi atau deria kinestetik menyumbangkan maklumat mengenai kedudukan relatif anggota badan kepada korteks parietal otak. Pakar neurologi menguji deria ini dengan menyuruh pesakitnya menutup mata dan menyentuhkan hujung jari pada hidung. Dengan menganggap propriosepsi berfungsi dengan betul, pesakit itu akan hilang kesedaran mengenai kedudukan tangannya serta-merta, sungguhpun tidak dikesan oleh mana-mana deria lain. Kaitan propriosepsi dan deria sentuh tidak ketara, dan sekiranya kedua-duanya mengalami masalah maka timbulnya pengurangan persepsi dan tindakan yang mendadak. [8]

Kesakitan

Nosisepsi (kesakitan fisiologi) menandakan kerosakan tisu. Tiga jenis penerima kesakitan ialah kutaneus (kulit), somatik (sendi dan tulang) dan viser (organ badan). Adalah dipercayai bahawa keskitan itu sekadar pelebihan penerima tekanan, namun kaji selidik pada separuh pertama abad ke-20 menunjukkan bahawa kesakitan adalah fenomena berbeza yang berkait rapat dengan kesemua deria lain, termasuk sentuhan. Deria kesakitan pernah dianggap sebagai pengalaman yang teramat subjektif (mengikut perasaan individu), tetapi kajian terkini membuktikan bahawa dirakam dalam bahagian girus singulat anterior dalam otak.[9]

Deria dalaman lain

Deria dalaman atau interosepsi ialah "mana-mana deria yang biasanya dirangsang dari dalam badan."[10] Ini melibatkan banyak penerima deria dalam organ dalaman, seperti penerima regangan yang berhubung dengan otak melalui sistem saraf.

  • Penerima regangan pulmonari terdapat dalam paru-apru dan mengawal kadar pernafasan.
  • Penerima kutaneus dalam kulit bukan sahaja bertindak balas terhadap sentuhan, tekanan, dan suhu, malah juga membalas vasodilatasi dalam kulit seperti merah muka.
  • Penerima regangan dalam salur gastrousus mengesan pengembungan gas yang menyebabkan sakit perut.
  • Rangsangan penerima deria dalam esofagus menyebabkan sensasi dalam tekak apabila menelan, muntah, mahupun mengalami refluks asid.
  • Penerima deria dalam mukosa farinks, sama seperti penerima sentuhan dalam kulit, mengesan bendasing seperti makanan yang boleh menyebabkan perasaan tersumbat.
  • Rangsangan penerima deria dalam pundi kencing dan dubur boleh menimbulkan rasa kenyang.
  • Rangsangan penerima regangan yang mengesan pengembangan salur darah boleh menyebabkan kesakitan, contohnya sakit kepalan yang timbul dari vasodilasi arteri dalam otak.

Rujukan

WikiPedia: Deria http://www.physpharm.fmd.uwo.ca/undergrad/senseswe... http://www.eioba.com/a70192/senses http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=4... http://www.nature.com/neuro/press_release/nn0200.h... http://users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologyP... http://www.roblesdelatorre.com/gabriel/GR-IEEE-MM-... http://www.scribd.com/doc/32909/Sensing-or-feeling... http://www.pitt.edu/AFShome/s/l/slavic/public/html... http://www.ks.uiuc.edu/Research/magsense/ms.html http://www.senses.info