Takrifan Deria

Para ahli neurologi tidak sepakat mengenai bilangan deria yang sebenar kerana masing-masing ada pentakrifan berbeza untuk deria. Salah satunya berhujah bahawa deria eksteroseptif (luaran) itu adalah daya pencerapan perangsang luaran.[1] Lima deria (pancaindera) tradisional, menurut Aristotle, merangkumi deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, hidu, dan rasa.[2] Manusia juga dipercayai ada deria tambahan seperti berikut: kesakitan, pengimbangan, propriosepsi (kesedaran tentang postur, pergerakan dan perubahan keseimbangan tubuh badan yang dibawa oleh gerakan dan aktiviti otot[3]) & kinestesia (pergerakan dan pemencutan sendi), ketepatan masa, termosepsi (penentuan suhu), dan mungkin juga magnetosepsi (penentuan arah) yang lemah[4], tidak lupa juga jika diambil kira deria-deria interoseptif (dalaman).

Secara amnya, deria boleh ditakrifkan sebagai "sistem yang terdiri daripada sekelompok sel-sel penerima yang membalas fenomena fizikal yang tertentu, dan berpadanan dengan kawasan tertentu dalam otak di mana isyaratnya ditrima lalu ditafsirkan." Pertikaian bilangan deria timbul kerana pengelasan pelbagai jenis sel dan pemetaannya mengikut bahagian-bahagian dalam otak.

Rujukan

WikiPedia: Deria http://www.physpharm.fmd.uwo.ca/undergrad/senseswe... http://www.eioba.com/a70192/senses http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=4... http://www.nature.com/neuro/press_release/nn0200.h... http://users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologyP... http://www.roblesdelatorre.com/gabriel/GR-IEEE-MM-... http://www.scribd.com/doc/32909/Sensing-or-feeling... http://www.pitt.edu/AFShome/s/l/slavic/public/html... http://www.ks.uiuc.edu/Research/magsense/ms.html http://www.senses.info