Dewa_Hanuman
Dewa_Hanuman

Dewa_Hanuman

SmritiDewa Hanuman ( sa:हनुमान्, IAST:Hanumān ), juga dikenali sebagai Andoman atau Maruti , ialah antara watak yang dikenali di kalangan penganut agama Hindu serta antara peranan terpenting didalam Puisi epik India, Hikayat Ramayana (dikenali sebagai Seri Rama didalam dunia Melayu). Pencapaiannya yang termasyhur, sebagaimana diceritakan dalam puisi Ramayana, ialah mengepelai sepasukan monyet untuk berperang dengan Ravana (atau Maharaja Wana), raja syaitan. Hanuman juga dikenali sebagai Bajrang (dari Sanskrit, Vajranga) kerana badannya sekeras vajra (Sanskrit untuk "petir" atau "intan"). Sebagai anak kepada Anjana, Hanuman juga dikenali sebagai Anjaneya yang membawa maksud "berasal daripada Anjana".