Sejarah Dewan_Bahasa_dan_Pustaka

DBP ditubuhkan sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Johor Bahru, Johor semata-mata untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Nama asalnya ialah "Balai Pustaka".

Setelah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 - 21 September 1956, Balai Pustaka dinamakan sebagai "Dewan Bahasa dan Pustaka" atas cadangan kongres tersebut. Di samping itu, DBP juga dinaik taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaga sendiri.

Pada tahun 1957, DBP berpindah ke Kuala Lumpur, ketika ibu pejabatnya merupakan bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, DBP dinaikkan taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi untuk:

  • menggubal dasarnya yang khusus;
  • menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan
  • menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor swasta.

Pada 31 Januari 1962, DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Kemudian pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan dua pejabat di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. DBP juga membuka pejabat di Brunei pada tahun 1963. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga buah pejabat lagi, iaitu:

DBP menyambut ulangtahun Jubli Emas 50 Tahun DBP dan perasmian Menara DBP pada 22 Jun 2006. DBP juga berjaya mencungkil bakat terpendam penulis-penulis muda. Antara penulis muda DBP yang terus menampilkan novel-novel berkarya tinggi untuk DBP adalah Cik. Siti Habsah Abdullah, Pn.Malardevi Margamuthu & En.Syed Satahkatulah Bin Mohamed Kalik.

Lebih kuasa

Pada 6 Oktober 2009, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 akan dipinda supaya dapat memberi lebih kuasa kepada DBP untuk menangani penggunaan 'bahasa rojak' dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kuasa itu bukan untuk menghukum sebaliknya lebih kepada memberi pendidikan.[1]

Pada 8 Mei 2011, para pengiklan perlu merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebelum memohon lesen memasang iklan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menurut Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, peraturan tersebut telah dilaksanakan sejak tahun lalu di bawah undang-undang kecil iklan PBT.

Menurut bidang kuasa yang diberikan, DBP akan melihat dari segi penggunaan bahasa dan visual pada iklan berkenaan terlebih dahulu dan apabila diluluskan, barulah pihak yang membuat permohonan iklan boleh memohon lesen daripada PBT sebelum iklan boleh dipasang.[2]

Mana-mana pihak yang membelakangi peraturan ini jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, penalti atau penjara mengikut undang-undang kecil PBT berkenaan.[3]

Dalam pada itu, Datuk Termuzi turut mengujar bahawa telah ramai pengiklan memohon iklan, dan mulai tahun 2011, akses perkhidmatan pengiklanan ke PBT turut dipaparkan di laman portal DBP.[4]

Di Malaysia, penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dalam pengiklanan dilihat lebih diutamakan berbanding penggunaan bahasa Melayu sebagai medium bahasa pengiklanan utama di negara tersebut. Walaupun undang-undang telah ada namun penguatkuasaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang utama seperti pendidikan, perniagaan, pengiklanan dan komunikasi masih banyak tidak diendahkan dan kurang diutamakan berbanding penggunaan bahasa Inggeris.[5]

Rujukan

WikiPedia: Dewan_Bahasa_dan_Pustaka http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.bharian.com.my/articles/Pengiklanperlur... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&d... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=1200 http://lamanweb.dbp.gov.my/ http://prpm.dbp.gov.my/ http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php