Dewan_Keadilan_dan_Undang_Negeri_Sembilan

Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (Bahasa Inggerisː The Council of the Yang di-Pertuan Besar and the Ruling Chiefs) merupakan sebuah institusi adat yang ditubuhkan menerusi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Ia berperanan untuk menasihatkan segala persoalan berkenaan adat istiadat orang-orang Melayu di Negeri Sembilan termasuk soal berkaitan dengan pemilihan atau warisan, atau perlucutan atau pengosongan jawatan Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin.Nasihat-nasihat Dewan ini berkaitan adat istiadat orang-orang Melayu di Negeri Sembilan termasuk soal berkaitan dengan pemilihan atau warisan, atau perlucutan atau pengosongan jawatan Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas sebarang alasan.Dewan inilah yang seterusnya bertanggungjawab menjalankan kewajipan yang telah diberikan oleh Perlembagaan atau undang-undang bagi memelihara segala urusan berkaitan dengan adat istiadat Melayu di Negeri Sembilan.