Dewan_Rakyat_di_United_Kingdom
Dewan_Rakyat_di_United_Kingdom

Dewan_Rakyat_di_United_Kingdom

Pembangkang Rasmi:
Pembangkang lain:
Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
United Kingdom
Dewan Rakyat (bahasa Inggeris: House of Commons) adalah dewan bawah Parlimen United Kingdom, yang juga mengandungi Raja dan Dewan Pertuanan (dewan atas). Kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Pertuanan bersidang di Istana Westminster. Dewan Rakyat adalah badan yang dipilih secara demokrasi, terdiri dari 646 ahli, yang dikenali sebagai "Ahli Parlimen" atau AP (MP dalam bahasa Inggeris). Mereka dipilih, melalui sistem first-past-the-post, oleh daerah-daerah pilihan yang dikenali sebagai kawasan pilihan raya, dan memegang kerusi mereka sehingga Parlimen dibubarkan (maksimum lima tahun).Dewan Rakyat British lahir semasa kurun ke-14 dan telah kekal wujud semenjak itu. Pada asalnya, kuasa Dewan Rakyat tidak begitu besar jika dibandingkan dengan Dewan Pertuanan, tetapi kini kuasa perundangannya lebih besar dari Dewan Pertuanan. Di bawah Akta Parlimen 1911, kuasa Tuan Bangsawan untuk menolak kebanyakan rang undang-undang dikurangkan kepada kuasa menangguhkannya sahaja. Tambahan pula, Kerajaan bertanggungjawab terutamanya pada Dewan Rakyat; Perdana Menteri cuma akan kekal dengan jawatannya selagi dia disokong oleh Dewan Rakyat. Hampir semua menteri kerajaan dilantik dari Dewan Rakyat, dan kecuali seorang,[1] semua Perdana Menteri sejak 1902.Gaya rasmi dan lengkap dewan Rakyat ialah The Honourable the Commons of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland in Parliament assembled (atau "Yang Berhormat Rakyat United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara di Parlimen berhimpun").

Dewan_Rakyat_di_United_Kingdom

Ketua Bayangan
Valerie Vaz, Parti Buruh
sejak 6 Oktober 2016
Pilihan raya seterusnya Sebelum 2 Mei 2024
Pilihan raya terakhir 12 Disember 2019
Kumpulan politik Pihak kerajaan:

Pembangkang Rasmi:

Pembangkang lain:

Yang di-Pertua
Sir Lindsay Hoyle, Parti Buruh
sejak 4 November 2019
Ketua
Boris Johnson, Parti Konservatif
sejak 24 Julai 2019
Ahli 650
Jenis

Rujukan

WikiPedia: Dewan_Rakyat_di_United_Kingdom http://www.upmystreet.com/commons/l/ http://tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagen... http://www.parliamentlive.tv/ http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/london/7003700.... http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk_politics/6999581.stm http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk_politics/a-z_of_parl... http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/politics/624192... http://politics.guardian.co.uk/commons/ http://icliverpool.icnetwork.co.uk/0100news/0100re... http://www.parliament.uk/archives