Dewi_Bastet
Dewi_Bastet

Dewi_Bastet

Dewi Bastet atau Bast merupakan penaung kucing bagi seni dan wanita hamil.Pada asalnya ia merupakan dewi singa betina yang melambangkan kuasa kesuburan sinaran matahari. Kemudian ia bertukar menjadi kucing pembawa matahari, atau wanita berkepala kucing dengan penutup dada singa. Bastet gemarkan kegirangan dan keseronokan. Beratus ribu menghadiri pesta tahunan sepanjang Mesir bagi meraikannya di Bubastis, di mana kuil Bast terletak di pulau di sungai Nil. (Ellis;Lesko; Scott; Wilkinson)Kucing mula dibela antara Kerajaan Lama dan Pertengahan dan membantu mengurangkan tikus. Penduduk Mesir yang berterima kasih sering memanjakan mereka. Apabila kucing mati ia dimummi dan ditanam dalam makam kucing yang luas di Bubastis atau kuil Bast yang lain.Peradapan Mesir telah wujud lebih 3,000 tahun dan perkembangan ugama di Mesir kuno telah membantu mewujudkan banyak dewa dewi yang disembah bagi pelbagai sebab, dan pelbagai upacara keugamaan yang telah diamalkan pada masa tersebut.

Dewi_Bastet

Ibu bapa Dewa Ra, Dewi Isis
Nama dalam hieroglyphs

Unicode: 𓎯𓏏𓁐
Major cult center Bubastis
Simbol kucing, singa betina, sistrum