Dewi_Remaja

Dewi Remaja (juga dikenali sebagai Pencarian Dewi Remaja) merupakan pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia yang dianjurkan oleh majalah Remaja terbitan kumpulan Krangkraf. Pertandingan ini selalunya di selang seli dengan pertandingan versi lelaki iaitu Hero Remaja.[1]Finalis tidak akan bersaing dalam pakaian mandi. Mereka hanya akan memakai gaun petang sepanjang masa. Pemenang peraduan ini tidak akan bersaing dalam apa-apa pertandingan ratu cantik antarabangsa seperti Miss Universe ataupun Miss World kerana kebanyakan finalis beragama Islam, dan wanita Islam Malaysia tidak dibenarkan bersaing dalam apa-apa pertandingan ratu antarabangsa sejak 1997.