Diammu_Gunung_Berapi
Diammu_Gunung_Berapi

Diammu_Gunung_Berapi

Diammu Gunung Berapi merupakan album studio ketiga kumpulan Exist dan dikeluarkan pada tahun 1995. Album ini juga merupakan album pertama Exist yang bernaung sepenuhnya di bawah syarikat rakaman BMG Music, setahun selepas meninggalkan Jojo's Production. Exist juga memperkenalkan vokalis baharu yang berasal dari Kedah Darul Aman, Ezad yang berusia 16 tahun pada ketika itu untuk menggantikan Mamat yang mengundurkan diri pada tahun sebelumnya. Lagu hit dari album ini ialah Alasanmu, Diammu Gunung Berapi dan Masih Terserlah Ayumu.Pada masa yang sama, Exist telah melebarkan sayap ke Indonesia dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di sana. Album ini menjadi album pertama Exist yang dibuat bungkusan semula dengan judul Mencari Alasan pada tahun 1996 dan album bungkusan itu telah terjual melebihi 750,000 unit di Indonesia.

Diammu_Gunung_Berapi

Dikeluarkan pada 1995
Penerbit Along, Ajai, Musa, Ujang
Genre Pop rock
Syarikat BMG Music