Dian_Sastrowardoyo
Dian_Sastrowardoyo

Dian_Sastrowardoyo

Diandra Paramitha Sastrowardoyo (lahir 16 Mac 1982) ialah seorang penyanyi, model dan pelakon wanita Indonesia. Pada usia 14 tahun pada 1996, beliau memenangi pertandingan Gadis Sampul anjuran majalah remaja Indonesia, Gadis.Dian kemudiannya menjadi terkenal untuk hasil kerjanya di dalam filem Ada Apa Dengan Cinta? (AADC), sebuah filem Indonesia pada 2002, di rantau nusantara. Beliau juga muncul untuk penampilan istimewa di dalam filem epik Puteri Gunung Ledang (2004) di Malaysia memainkan watak gadis Melaka. Beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Deauville untuk peranannya dalam filem Pasir Berbisik (2002). Dian merupakan salah seorang pelakon wanita yang paling berjaya dan berpengaruh di Indonesia. Beliau telah menjadi duta L’Oreal Paris Indonesia sejak 2010.

Dian_Sastrowardoyo

Pekerjaan Pelakon, pengacara, model
Ibu bapa Ariawan Rusdianto Sastrowardoyo (ayah)
Dewi Partawi Setyorini (ibu)
Pasangan Maulana Indraguna Sutowo
Anak Syailendra Naryama Sastraguna Sutowo
Ishana Ariandra Nariratana Sutowo
Tahun aktif 1996 - kini
Nama lain Dian Sastro
Terkenal kerana Ada Apa Dengan Cinta?
Kelahiran Diandra Paramita Sastrowardoyo
(1982-03-16) 16 Mac 1982 (umur 37)
Jakarta, Indonesia

Rujukan

WikiPedia: Dian_Sastrowardoyo http://www.gatra.com/2003-08-24/artikel.php?id=307... http://www.horizon-line.com/astaga/chaseiro.html http://www.imdb.com/name/nm1099909/ http://selebriti.kapanlagi.com/indonesia/d/dian_sa... http://www.pikiran-rakyat.com/node/152306 http://syokkahwin.com/blog/2007/02/26/gambar-dian-... http://www.thejakartapost.com/life/2016/04/29/ada-... http://www.thejakartapost.com/news/2005/01/03/adig... http://www.thejakartapost.com/news/2014/09/01/gues... http://life.viva.co.id/news/read/419449-dian-sastr...