Pengangkutan Diesel

Diesel digunakan secara meluas dalam kebanyakan bentuk pengangkutan, kecuali kereta yang kebanyakannya menggunakan enjin petrol.

Kereta api

Lokomotif diesel-elektrik paling banyak digunakan dalam sistem kereta api di seluruh dunia, kecuali beberapa kawasan di benua Eropah yang kebanyakannya menggunakan lokomotif elektrik. Lokomotif wap, yang menguasai sistem kereta api sedunia sehingga dekad 1950an atau 1960an pada kebanyakan tempat, kini hanya sekadar menjadi tarikan pelancong.

Kapal terbang

Penerbangan pertama yang menggunakan enjin diesel yang dipasang pada kapal terbang adalah pada 18 September 1928, di Packard Motor Company, Utica, Michigan dengan Kapten Lionel M. Woolson dan Walter Lees sebagai juruterbang (penerbangan ujian "rasmi" diadakan keesokan paginya). Enjin yang digunakan direkabentuk untuk Packard oleh Woolson manakala kapal terbang adalah dari jenis Stinson SM1B, X7654. Dalam tahun yang sama Charles Lindbergh terbang dengan pesawat yang sama. Pada tahun 1929 ia terbang sejauh 1000 km tanpa henti dari Detroit ke Langley, Virginia (berhampiran Washington, D.C.). Kapal terbang tersebut kini dimiliki oleh Greg Herrick dan tersimpan di Golden Wings Flying Museum berhampiran Minneapolis, Minnesota. Pada tahun 1931, Walter Lees dan Fredrick Brossy membuat rekod penerbangan tanpa henti dengan menaiki pesawat Bellanca yang digerakkan oleh enjin diesel Packard selama 84 jam 32 minit. Kapal udara Hindenburg digerakkan oleh empat enjin diesel 16 silinder, setiap satunya menghasilkan kuasa maksimum 1,200 kuasa kuda. Enjin diesel moden bagi kapal terbang yang menggunakan baling-baling dikeluarkan oleh Thielert Aircraft Engines dan SMA. Enjin sebegini boleh mengunakan bahan api Jet A, yang mempunyai komposisi hampir sama dengan diesel automotif serta lebih murah dan mempunyai kandungan lebih banyak daripada minyak petrol penerbangan RON 100 tanpa plumbum yang banyak digunakan pada kapal terbang berenjin omboh.

Enjin diesel penerbangan yang paling banyak dikeluarkan dalam sejarah setakat ini ialah Junkers Jumo 205, yang mana, bersama-sama dengan pembangunan yang sama daripada kapal terbang Junkers Motorenwerke, mempunyai lebih kurang 1000 contoh bagi enjin omboh 2 lejang bersetentangan unik, dibina pada tahun 1930an menjelang Perang Dunia Kedua di Jerman.

Kereta

Perjalanan kereta berenjin diesel yang pertama (dalam AS) disempurnakan pada 6 Januari 1930. Perjalanan tersebut adalah dari Indianapolis ke Bandar raya New York, sejauh hampir 1300 km. Pencapaian tersebut membantu membuktikan kegunaan enjin diesel.

Rujukan

WikiPedia: Diesel http://www.vwwatercooled.org.au/newforum/upload/sh... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=washingtons... http://books.google.com/books?id=0vBalrSH_OEC&pg=P... http://books.google.com/books?id=wbM3AAAAMAAJ&q=Ru... http://www.maccompanion.com/macc/archives/April200... http://www.motherearthnews.com/Green-Transportatio... http://www.energy.ca.gov/afvs/synthetic_diesel.htm... http://www.atsdr.cdc.gov/toxprofiles/tp75-c3.pdf http://www.epa.gov/otaq/climate/420f05001.htm http://www-cta.ornl.gov/data/Appendix_B.html