Digital

Sistem digital ialah satu teknologi data yang menggunakan nilai-nilai diskrit.[1] Berlawanan dengan sistem bukan digital (atau analog) yang menggunakan julat nilai-nilai yang selanjar untuk mewakili maklumat. Walaupun pewakilan digital adalah diskrit, maklumat yang boleh diwakilkan adalah sama ada diskrit; misalnya nombor, huruf atau arca, atau selanjar; misalnya bunyi, imej, dan lain-lain pengukuran sistem selanjar.Perkataan digital datang dari sumber yang sama dengan perkataan digit yakni digitus, perkataan Latin untuk "jari", kerana jari digunakan untuk pengiraan diskrit.Perkataan ini paling sering digunakan dalam pengkomputeran dan elektronik, terutamanya di mana maklumat dunia sebenar ditukarkan kepada bentuk perduaan sebagaimana di dalam audio digital dan fotografi digital.