Diktator (
bahasa Latin untuk "orang yang menetapkan arahan") ialah satu
jawatan politik yang merupakan satu pembaharuan
undang-undang Republik Rom. "Diktator" — dikenali secara rasmi sebagai Magister Populi ("Penguasa Rakyat"), Praetor Maximus ("
Praetor Agung"), atau Magister Peditum ("Penguasa Infantri") — ialah
majistret luar biasa (magistratus extraordinarius), serta majistret tertinggi dalam tertib taraf (Praetor Maximus). Beliau dibantu oleh 24 orang
liktor.Fungsi diktator adalah untuk melaksanakan tugas-tugas yang melewati kuasa mana-mana satu
majistret biasa.
Senat Rom meluluskan senatus consultum yang memberikan kuasa kepada konsul-
konsul untuk mencalonkan seorang diktator yang merupakan kekecualian tunggal terhadap prinsip-prinsip
kekolejan (pemegang berbilang untuk jawatan yang sama) dan
tanggungjawab (bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk kesemua tindakan semasa memegang jawatan) dalam undang-undang Rom. Hanya satu diktator boleh dilantik pada mana-mana satu masa atas apa-apa alasan, dan diktator tidak perlu bertanggungjawab di sisi undang-undang kepada tindakannya semasa memegang jawatan.